ADUN bersatu nafi lakukan gangguan seksual

ADUN bersatu nafi lakukan gangguan seksual.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain menafikan tuduhan beliau melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Menurutnya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi, dakwaan wanita tersebut tidak benar sama sekali dan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik untuk mencemarkan reputasi beliau.

Memetik laporan Sinar harian beliau berkata Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dalam laporan tersebut dan menyatakan ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat, katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

ADUN bersatu nafi lakukan gangguan seksual

Mengulas lanjut, Rasman bersedia untuk memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Beliau juga telah berbincang dengan barisan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama serta imejnya dengan cara seperti ini.

Semoga kebenaran akan dirungkai akhirnya serta perjuangan saya ini dimudahkan dan diredhai oleh ALLAH SWT, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora ketika dihubungi, mengesahkan Rasman sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Isnin.

Beliau yang berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan dan enggan mengulas lanjut.

Baca juga:Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN Johor

COMMENTS

Wordpress (0)