Aksi pujuk memujuk dalam hujan di tengah jalan pasangan ini curi tumpuan ramai, dah macam drama tv

Aksi pujuk memujuk dalam hujan di tengah jalan pasangan ini curi tumpuan ramai, dah macam drama tv.
Jika kita penonton setia drama-drama di televisyen, adegan berlari ke tengah hujan ketika bergaduh dengan pasangan pastinya pernah kita lihat.

Biasanya salah seorang akan datang untuk memujuk bagi menenangkan emosi salah seorang daripada mereka supaya tidak melakukan tindakan di luar jangka.

Gaduh tengah2 highway

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Boyy_tayar apabila memuat naik video satu pasangan sedang ‘berdrama’ di penghadang jalan di tengah lebuh raya.

Suasana ketika itu juga hujan dan dapat dilihat yang lelaki tersebut berusaha menenangkan seorang wanita kerana sedang dalam keadaan beremosi.

Aksi pujuk memujuk dalam hujan di tengah jalan pasangan ini curi tumpuan ramai, dah macam drama tv

Ada sedikit pergelutan antara mereka selepas lelaki itu dilihat cuba memeluk wanita berkenaan yang mengelak daripada disentuh pasangannya.

Pengguna TikTok itu hanya meninggalkan kapsyen mendoakan agar urusan mereka dipermudah tanpa mengetahui punca sebenar ‘drama’ berkenaan berlaku.

Macam drama 7 Hari Mencintaiku

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan membuat pelbagai andaian.

Ada yang berseloroh mengaitkan kejadian berkenaan dengan drama yang tengah rancak di kaca televisyen iaitu 7 Hari Mencintaiku 3 dan ada juga yang terfikir boleh jadi ketika itu wanita berkenaan sedang lari dari gangguan lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang penjelasan yang tepat berkenaan kejadian terbabit. Namun, video yang dikongsikan oleh @Boyy_tayar itu sudah pun ditonton lebih daripada 2 juta viewers kurang dari 24 jam selepas ia dimuat naik.

Sumber: [email protected]

BACA:

Hidup bahagia bersama isteri walau hilang alat sulit akibat dihempap ‘forklift’

Pemandu bunyikan hon di kawasan ini bakal didenda RM100,000

Design Geely baru ini buat ramai terpesona, harga pula berpatutan