Bangkai tikus ditemui dalam kilang kopi terkenal, hati-hati jenama ini…

Bangkai tikus ditemui dalam kilang kopi terkenal, hati-hati jenama ini…

Penemuan bangkai tikus yang dipercayai sudah mati sejak tiga hari lalu serta persekitaran premis kurang memuaskan menyebabkan sebuah kilang kopi dan teh di kawasan pekan lama di sini diarahkan tutup selama dua minggu berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, keadaan itu terbongkar dalam operasi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Tegar jam 10 pagi semalam.

Dalam operasi itu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pihak berkuasa menemui bangkai tikus di bahagian stor penyimpanan produk yang sudah siap dibungkus.

Pemeriksaan juga menemui penggunaan logo halal yang meragukan pada pembungkusan produk yang dikeluarkan kilang berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata serbuan dijalankan melalui hasil aduan awam sebelum mendapati terdapat pelbagai kesalahan dilakukan pengusaha kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu.

Bangkai tikus ditemui dalam kilang kopi terkenal, hati-hati jenama ini...

“Kesalahan itu antaranya penemuan najis dan bangkai tikus serta tahap kebersihan kilang yang tidak mencapai piawaian di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

“Selain masalah najis dan bangkai tikus, kilang ini tidak sepatutnya mendapat pengiktirafan menggunakan logo halal. Dalam hal ini, kita merujuk perkara berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya selepas operasi hari ini.

 

BACA JUGA :

Jangan minum Prime Kopi Pejuang 3 in 1, ini amaran dari Singapura

Rupanya yang dicium itu adalah pondan…

Gelar influencer TikTok sebagai ikon permotoran, Timbalan Menteri teruk dikecam

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Bangkai tikus ditemui dalam kilang kopi terkenal, hati-hati jenama ini… […]

  • […] Bangkai tikus ditemui dalam kilang kopi terkenal, hati-hati jenama ini… […]