Bayi ditinggalkan dihentian bas dalam kotak ditemui sudah meninggal dunia….

Bayi ditinggalkan dihentian bas dalam kotak ditemui sudah meninggal dunia….

Sedih dan sayu rasa hati apabila membaca satu perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Him Akmal di laman Facebook. Menerusi perkongsian tersebut, lelaki ini menceritakan dia bersama kawannya yang lain terjumpa seorang bayi yang dipercayai telah ditinggalkan di dalam sebuah kotak tanpa sebarang nota.

Syurga buatmu si anak kecil

Jelas lelaki ini, ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya yang lain sedang mengagihkan makanan secara percuma kepada orang ramai. Namun, selepas 30 minit pengagihan makanan tersebut dibuat, lelaki ini mendapati terdapat satu kotak minuman yang ditinggalkan yang secara tidak langsung membuatkan dia berasa curiga.

Tepat jam 10.00 pagi, Team Anjung 336 seperti biasa akan buat edaran percuma Nasi Lemak 336 di bus-stop Jalan Kuala Selangor berdekatan Taman Barium.

Sebelum Him terdetik nak tendang perlahan-perlahan kotak tu actually memang dah terdetik dah mesti ada sesuatu dalam kotak ni sebab kotaknya nampak lawa macam tidak pernah disentuh.

Pada mulanya, dia mengambil keputusan untuk menolak kotak tersebut secara perlahan-lahan bagi mengenal pasti isi kandungan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Tetapi apa yang mengejutkan, apabila kotak tersebut dibuka dan terdapat sebuah beg yang diletakkan di situ.

Semut-semut mula mengerumuni

Ujarnya lagi, terdapat semut-semut yang mula mengerumuni beg tersebut ditambah pula bau yang kurang menyenangkan. Susulan apa yang telah disaksikan olehnya, lelaki ini mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada pihak polis.

Kami buat keputusan terus call pejabat polis yang berdekatan. Dalam beberapa minit kemudian pihak polis datang dan membuat siasatan. Lepas meneliti kotak dan beg tu pihak polis mengesahkan memang dalam bungkusan putih tu adalah bayi yang sudah tidak bernyawa pada masa tu.

Rupa-rupanya beg tersebut mengandungi bayi yang sudah meninggal dunia setelah pemeriksaan dibuat oleh pihak polis. Pada masa yang sama, lelaki ini turut mempersoalkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini yang sepatutnya menyelamatkan bayi tersebut.

Pada pendapat Him bayi tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi.

Berita penuh : https://ohbulan.com/syurga-buatmu-si-anak-kecil-bayi-ditemui-mati-ditinggalkan-dalam-kotak-di-hentian-bas

COMMENTS