Bekalan ayam semakin pulih, harga melonjak RM11.40/kg

Bekalan ayam semakin pulih, harga melonjak RM11.40/kg

Bekalan ayam di Lembah Klang dilihat semakin pulih apabila peniaga di Pasar Borong Selangor kembali menerima bahan mentah itu.

Tinjauan mendapati peniaga kembali berniaga seperti biasa sejak pagi ini dan tidak berlaku keadaan bersesak pembeli untuk membeli ayam.

Seorang peniaga, Khairul Mat Kamarudin, 32, berkata, dia lega kerana dapat berniaga seperti biasa setelah peniaga di pasar itu kembali menerima bekalan ayam.

“Alhamdulillah, sekarang bekalan pulih. Tidak seperti minggu-minggu lalu, bekalan amat perit dan getir.

“Baru minggu ini okay, sebelum ini bekalan tidak mencukupi. Kalau kita minta (dari pembekal) 2,000 ekor, kita cuma dapat 300 hingga 400 ekor sahaja, Sekarang kalau order 2,000 ekor, kita dapat 2,000 ekor juga,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Pun begitu, tinjauan mendapati harga ayam masih kekal pada RM11.40 sekilogram, sama seperti minggu lalu, walaupun bekalan itu sudah semakin pulih.

“Harga yang dibeli melebihi harga siling, jadi kami tiada pilihan lain. Harga kami jual pada harga RM11.40 seperti minggu lalu.

“Kami harga kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengurangkan harga ayam kerana ia memberi impak kepada pengguna,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas.

 

BACA JUGA :

Netizen tergelak tengok Amelia Handerson belajar ‘cakap’ Kelantan

Marshanda persiap diri untuk kematian setelah disahkan hidap kanser

Yusuf Azmi ‘sound’ Diva AA, ajak bersemuka

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Bekalan ayam semakin pulih, harga melonjak RM11.40/kg […]

  • […] Bekalan ayam semakin pulih, harga melonjak RM11.40/kg […]