Bengang peruntukan tak turun, lelaki belanja RM800 ribu baiki jalan sendiri

Bengang peruntukan tak turun, lelaki belanja RM800 ribu baiki jalan sendiri. 20 tahun tunggu kerajaan, akhirnya lelaki ini keluar duit sendiri RM830,000 baiki jalan. Seorang lelaki mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak 2.8 bilion rupiah (RM825,475) bagi membaiki sebatang jalan rosak sepanjang 1.8 kilometer di kampungnya Grobogan, Jawa tengah.

Lelaki berkenaan Joko Suranto mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menunggu pihak berkuasa tempatan (PBT) sekian lama untuk membaiki jalan di kampungnya itu.

Kompas.com melaporkan kerja-kerja pembaikan jalan masih berlangsung dan projek itu sudah bermula sejak awal Ramadan lalu dan kini sudah 95 peratus jalan siap dibaiki.

Joko telah mengadu masalah kepada pihak berkuasa tempatan banyak kali, namun tiada satu pun dilayan.

Bengang peruntukan tak turun, lelaki belanja RM800 ribu baiki jalan sendiri

25 pekerja diupah untuk mambiki jalan sejak awal Ramadan

Ketua Kampung Jetis, Suharnanik yang juga abang kepada Joko memaklumkan, pembaikan jalan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan.

“Jalan itu merupakan tanggungjawab pihak berkuasa, namun tiada seorang pun mengambil tahu apa yang berlaku, apa yang perlu ditanggung penduduk.

“Kesabaran adik saya akhirnya memuncak dan dia membuat keputusan untuk mengeluarkan duit sendiri bagi membaiki jalan tersebut.

“Jalan itu terlalu teruk sehinggakan tidak boleh dilalui kenderaan, terutamanya ketika hujan,” katanya.

Beliau mengupah 25 pekerja, projek pembaikan jalan itu dimulakan sejak awal Ramadan lalu dan penduduk kampung menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Joko.

Joko merupakan ahli perniagaan dalam sektor hartanah dan setiap tahun menjelang Aidilfitri, dia akan mengeluarkan duit untuk menurap jalan berkenaan bagi memudahkan proses mudik (pulang ke kampung).

Namun, setiap kali itu juga jalan tersebut akan kembali rosak kerana strukturnya perlu dibaiki secara keseluruhan.

BACA:

Raih pendapatan RM300 ribu hanya dengan selongkar sampah

Berbuka hanya dengan daun bawang goreng dan garam, ibu tunggal raih simpati masyarakat

Fara Fauzana mohon untuk jadi pengasuh anak Mizz Nina, sekali ini yang jadi