‘Tak mungkin bercinta dengan Vida’ ini jawapan padu shuib

‘Tak mungkin bercinta dengan Vida’ ini jawapan shuib. Pelawak dan usahawan popular Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenali buat masa ini.

Shuib berkata, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes makanan yang diusahakan bersama ketika ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,”katanya.

Bercinta dengan Datuk Seri Vida ? ini jawapan shuib

Menurut Shuib, siapapun jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Katanya, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

BACA JUGA : ‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’ Datuk Seri Vida
Baru jadi Pengarah JSJN, Ayob Khan dah berjaya rampas dadah lebih RM100 juta
Netizen minta henti tanya shuib soal kahwin

COMMENTS

Wordpress (0)