Buah ini bernilai RM3,000 sekilo, budak-budak selalu buat main

Buah ini bernilai RM3,000 Sekilogram sekilo, budak-budak selalu buat main.Buat anda yang lahir di era 90-an, dibesarkan di desa dan kampung, buah ini merupakan buah letup yang boleh banyak didapati dengan mudah.

Buah letup atau dengan nama saintifik, Physalis Angulata atau dipanggil juga The Cape Gooseberry ini boleh didapati dengan mudah di pelbagai tempat di Asia Tenggara, terutama di kebun atau di kawasan tanah sawah.

Namun, siapa sangka, buah kecil ini sekarang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi sehingga dijual pada harga RM3,000 sekilogram.

Memetik Livestrong.com, buah letup ini mengandung Vitamin A yang sangat tinggi. 100 gram buah ini mengandung 720 unit vitamin A. Angka itu bererti mampu memenuhi 14 peratus keperluan vitamin dalam tubuh kita dalam sehari.

Vitamin A baik buat tubuh badan kita. Untuk kesihatan mata, kulit dan kekebalan tubuh.

Selain itu, buah ini juga kaya vitamin C. Vitamin ini diperlukan bagi tubuh untuk menyerap zat besi dan membantu dalam pembentukan kolagen.

Vitamin C juga membuat tulang kita kuat, otot, tulang rawan dan pembuluh darah yang sihat. Jika diet menggunakan vitamin C dapat membantu melawan infeksi dan mencegah penyakit seperti selsema biasa.

 

Turut boleh mengubati diabetes, untuk 1 gram buah letup mengandung 53 kalori dan satu gram lemak.

Memang jauh sekali dari anggapan ramai, buah ini biasanya dikatakan oleh orang tua-tua tidak boleh dimakan. Malah, jika muncul tanaman itu di kebun atau sawah, malah ditebas dan dibuang.

Lihat gambar buah letup yang dijual di sebuah pasar raya di negara jiran di bawah ini.

Namun, tidak dapat dipastikan dan tiada keterangan lanjut di pasar raya yang mana buah letup itu dijual, pada gambar tersangatlah jelas tertera dijual pada harga Rp 30.957 sebungkus dengan berat 60 gram di Indonesia.

BACA JUGA: Pemuda terjatuh masa bagi air dekat lembu, “Nasib baik lembu takleh ketawa…”
AC Mizal beri respon selepas video tular ‘Habislah rahsia terbongkar’
Kerana cuba curi tabung masjid ,remaja `jenazah’ dipenjara 10 hari, denda RM4,000

COMMENTS

Wordpress (0)