Bunyi pelik dalam siling ganggu kehidupan lelaki ini, rupanya haiwan ini punya kerja

Bunyi pelik dalam siling ganggu kehidupan lelaki ini, rupanya haiwan ini punya kerja. Curiga bunyi pelik atas siling rumah, lelaki ini nekad tukar sekeping siling kaca. Sekiranya anda memiliki kucing, pastinya anda mempunyai perasaan seperti sentiasa diperhatikan. Ini kerana kucing bukan sahaja suka menghendap, mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Pemilik kedai pasang siling kaca, tapi kucing pula tak berhenti tenung

Seperti yang dikongsikan baru-baru ini oleh seorang pengguna Twitter, rakannya telah memasang siling kaca di kedainya.

Oleh itu tidak hairanlah mereka suka berada di tempat di mana mereka mempunyai pandangan persekitaran yang luas.

Pengguna Twltter dari Taiwan SCMcrocodile baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar kedai rakannya yang telah menjalani beberapa pengubahsuaian siling untuk memasukkan jubin kaca agar ‘tetamu’ di luar boleh menonton mereka di dalam.

Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat beberapa ekor kucing duduk di atas siling kaca itu sambil memerhati ke dalam k3dai dan gelagat mereka itu sangat menghiburkan.

Rakannya memiliki sebuah k3dai kecil dengan kawasan bumbung yang menjadi tempat persinggahan kucing-kucing jalanan. Bumbung itu kini telah digantikan dengan panel kaca berbanding jubin siling biasa untuk kucing-kucing tersebut menikmati permandangan di dalam kedai.

Gelagat mereka yang tidak berhenti tenung orang di dalam k3dai mengundang netizen untuk memberikan pelbagai nama lucu kepada kucing-kucing itu seperti CC.TV (cat ceiling top view) dan purrveilance camera.

Malah bukan kucing-kucing itu sahaja yang dapat menyaksikan pemandangan yang menyeronokkan, malah orang di dalam k3dai juga terhibur melihat rupa mereka dari bawah.

BACA:

Gel Silica : Ini 4 fungsi sebenar yang ramai orang salah faham

Bajet tak sampai RM1k, rumah flat dihias laksana kondo

Kapal berusia lebih 500 tahun ini simpan harta karun bernilai RM38 juta