Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000

Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000 geran khas prihatin geran khas prihatin 2.0 semakan geran khas prihatin geran khas prihatin 3.0 geran khas prihatin 2021 geran khas prihatin 4.0 geran geran khas prihatin semakan geran kereta geran khas prihatin permai

Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mempelawa pengusaha Sektor Kebudayaan memohon Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) sehingga RM500,000 sebagai bantuan untuk pelaksanaan program dan acara yang layak.

Pelaksanaan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah bagi memberi fokus ke atas penganjuran program/ acara seni budaya Domestik yang berimpak tinggi pada tahun 2022. Permohonan adalah dibuka bermula pada 1 April 2022. Borang permohonan dan garis panduan untuk GSSK boleh dimuat turun secara online sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT GERAN

  • Nama geran: Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK)
  • Anjuran: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
  • Kadar peruntukan: Domestik sehingga RM500,000
  • Tarikh permohonan: Mulai 1 April 2022

KAEDAH PENYALURAN

Peruntukan:

  • NGO/ NPO – Maksimum sehingga 90% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan
  • Syarikat – Maksimum sehingga 80% daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan

Kadar penyaluran – Penyaluran pertama/ deposit sehingga 80% daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu program/ acara bermula manakala baki akan disalurkan selepas MOTAC menerima dokumen-dokumen lengkap daripada pemohon.

KATEGORI PEMOHON

Antara kategori pemohon yang layak dipertimbangkan untuk permohonan adalah:

  • Persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016
  • Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1994
  • Lain-lain entiti berdaftar dengan Kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC

SKOP PROGRAM DAN ACARA

Berikut adalah skop program dan acara:

  • Pameran/ Ekspo/ Festival
  • Pementasan/ Persembahan
  • Pertandingan
  • Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Simposium/ Kolokium
  • Penerbitan/ Rakaman/ Pendokumentasian/ Pendigitalan
  • Program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh MOTAC

BIDANG SENI, BUDAYA DAN WARISAN

  • Seni tarian
  • Seni muzik
  • Seni lakon
  • Kraf
  • Seni mempertahankan diri
  • Adat dan budaya
  • Seni halus (seni lukis, seni hias, anyaman/ sulaman manik/ tekad, ukiran, pertukangan, khat dan kaligrafi, seni bina serta lanskap_
  • Bahasa dan kesusasteraan (tulisan jawi, sastera rakyat/ lagu dan cerita rakyat, sahaja, gurindam, pantun, syair dan teromba)
  • Audio visual dan media interaktif (grafik, pameran, teknologi maklumat, seni foto dan media sosial)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan geran yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan mulai 1 April 2022 melalui borang permohonan yang disediakan. Borang Permohonan dan Garis Panduan untuk geran boleh dimuat turun dari laman web korporat TOURISM MALAYSIA di pautan berikut:

https://www.tourism.gov.my

Permohonan lengkap perlu dikemukakan kepada Urus setia melalui ‘hard copy’ secara serahan tangan/ courier dan emel salinan kepada Urus Setia berikut:

URUS SETIA
Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya (GPPSB)
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
Bahagian Perancangan Strategik,
Aras 2, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya.

Emel: [email protected]

Tel: 03 8891 8192/ 8191/ 8196/ 8232

Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000

Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000

Cara mohon Geran MOTAC, tawaran sehingga RM50,000

TONTON :

Baca Juga:

Hanya untuk cantik, berdarah telinga budak kena cucuk, ini yang terjadi

Netizen tuduh madammu mandul dalam live, sekali ini jawapan tuan badan..

Ini teknik order Starbuck pada harga patut tapi confirm sedap punya

COMMENTS

Wordpress (0)