Datuk Ayob Khan akan dilantik sebagai Pengarah JSJN

Datuk Ayob Khan dilantik sebagai Pengarah JSJN .Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari depan.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Ruslan Khalid mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanan PDRM menerusi satu kenyataan hari ini.

Menyusuli pertukaran tersebut adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang akan menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Johor.

Pertukaran terakhir membabitkan Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Wan Hassan Wan Ahmad yang akan memangku pangkat Asisten Komisioner (CP) sebagai Ketua Polis Kedah.

BACA :Tindakan Warga Myanmar Ini Buat Netizen Terharu

 

COMMENTS

Wordpress (0)