Datuk Osman Sapian meninggal dunia

Datuk Osman Sapian meninggal dunia.Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara di sini, malam ini.

Anaknya, Nornekman ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam.

Pada 13 November lalu, media melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor akibat serangan strok ringan bulan lepas.

Nornekman berkata Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dalam pemerhatian rapi dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

Baca :Tular Imej satelit dedah lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

COMMENTS

Wordpress (0)