Design Geely baru ini buat ramai terpesona, harga pula berpatutan

Design Geely baru ini buat ramai terpesona, harga pula berpatutan. Rupa bentuk Geely baharu ini mengancam habis, harga mampu milik!

Geely secara rasmi mendedahkan imej dalaman sedan coupe terbaharu Binrui COOL.

Model terbaharu itu dibangunkan berdasarkan platform global Geely segmen B Modular Architecture.

Binrui COOL yang disasarkan kepada golongan muda dijangka ditawarkan pada harga bermula AS$ 12,600 (RM52,895).

Jentera berkenaan yang menampilkan gaya rekaan Racing Storm bukanlah baharu kerana merupakan versi lebih sporty berbanding model Geely Binrui F Sport.

Design Geely baru ini buat ramai terpesona, harga pula berpatutan

Ia cukup terserlah pada bahagian rekaan luaran termasuk gril hadapan, bahagian bampar, lampu utama dan belakang.

Binrui COOL berwarna hijau gelap tersebut turut hadir dengan rim 17 inci, kaliper brek berwarna cerah, dan spoiler gentian karbon besar.

Ruang dalaman menekankan konsep COOL menampilkan konsol tengah diperbuat daripada gentian karbon dipadankan sentuhan krom manakala roda stereng sport.

Ia turut didatangkan tempat duduk berwarna hitam dan hijau diperkemas jahitan warna jingga serta logo F pada bahagian panel pintu.

Selain itu, ia didatangkan gear lever elektronik diperbaharui kepada rekaan racing, kluster instrumen LCD saiz 10.25 inci, skrin infotainmen 12.3 inci dan lampu ambien dengan pilihan 72 warna.

Binrui Cool mendapat khidmat enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa 133 kWh dipadankan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

BACA:

Akhirnya punca ribuan burung jatuh dari langit terbongkar

Tun M dedah punca Umno tangguh pemilihan parti

Doktor kongsi tips elak kena diabetes