Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS

Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS

Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS.

Sekumpulan 44 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan bulan lalu, menolak pendirian Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bahawa pemecatan mereka dilakukan secara sah.

Justeru, kumpulan guru Kafa berkenaan akan meneruskan tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengeluarkan surat berhenti kerja itu, kata peguam mereka, Muhammad Amin Anuar.

“Saya tak nafikan pihak penjawat yang berpangkat ini (Mais dan Jais) diberi kuasa untuk ambil sesuatu tindakan. Tetapi tindakan ini mestilah dibuat mengikut undang-undang.

“Dekat mana ayat dalam peruntukan undang-undang itu yang mengatakan anda boleh buang pekerja. Itu soalan saya. Tolong jawab. Sehingga itu, jumpa anda di mahkamah,” kata Amin seperti dilapor FMT.

Menurut Amin, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan pengambilan suntikan vaksin.

Justeru, kata beliau, anak guamnya tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang membolehkan mereka dibuang kerja.

Jurucakap mereka, Muhammad Shauqi Hadi Mohd Ja’ais, 26, berkata beliau dan rakan sejawatan terkejut menerima notis pemberhentian kerana kontrak mereka sepatutnya berakhir pada Januari 2024.

Sebelum dibuang kerja, kumpulan guru berkenaan dilaporkan digantung kerana enggan divaksin.

Bagaimanapun, Shauqi berkata, mereka diarah hadir ke sekolah seperti biasa, namun tidak dibayar elaun selama dua bulan sebelum diberikan notis pemberhentian.

 

BACA JUGA :

Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF

Tidak adil salahkan kerajaan negeri jika berlaku kes jenayah

Scha Elinnea dijual hingga jadi GRO?

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS […]

  • […] Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS […]