Doktor kongsi tips elak kena diabetes

Doktor kongsi tips elak kena diabetes. Gaya hidup sihat boleh diwarisi seterusnya dapat mengelak risiko untuk menghidap kencing manis atau diabetes.

Ikuti perkongsian Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda yang mewarisi gaya hidup sihat ayahnya yang tidak mengambil minuman manis:

Saya dari dulu sejak kecil sampai sekarang, minum air kosong setiap hari, tidak suka minum air manis-manis. Siapa yang ajar saya minum air kosong?

Saya belajar dari bapak. Bapak selalu tegas. Bapak minum air kosong saja. Bila pergi kenduri-kenduri kahwin, saya tengok bapak akan TOLAK semua air manis dan semua nasi minyak.

Bapak selalu minta air kosong dan nasi putih juga. Kalau tak ada air kosong, bapak kata takpa, sat lagi balik rumah boleh minum. Bapak tak akan minum juga air manis mengarut-ngarut tu.

Doktor kongsi tips elak kena diabetes

Kalau tak ada nasi putih, saya tengok bapak akan ratah lauk sikit dan sayoq sikit. Bapak tunggu balik rumah, baru makan di rumah.

Saya pun ikut cara Bapak. Anak-anak saya pun akan tolak minum air manis dan minta air kosong saja di mana-mana pun. Mereka ikut cara saya.

Bapak tak ada diabetes sampai umur 80 tahun. Saya dah umur 50 tahun pun tak ada diabetes.
Tetapi arwah nenek saya, ibu kepada bapak, suka minum air manis, ada obesiti dan ada diabetes pada usia lebih muda.

Bapak tak dibesarkan oleh arwah ibunya. Bapak dibesarkan oleh arwah nenek Bapak yang hanya minum air kosong. Jadi, bapak ikut gaya hidup arwah nenek Bapak, bukan gaya hidup arwah ibu Bapak.

Sudah terang-benderang bahawa gaya hidup sihat ini boleh diwarisi turun-temurun melalui teladan, dan ini boleh mempengaruhi kesihatan anda sehingga ke anak-cucu-cicit.

Apa yang saya nak cerita kepada anda semua ialah penyakit diabetes ini ada DUA sebab yang boleh diwarisi turun-temurun.

Pertama, faktor genetik yang boleh diwarisi. Kedua, faktor gaya hidup yang kurang sihat, dari segi pemakanan dan kurang cergas, yang boleh diwarisi daripada teladan dan budaya keluarga anda.
Kedua-duanya boleh diwarisi turun-temurun.

Tetapi faktor yang kita tidak boleh ubah ialah faktor genetik. Apa yang kita BOLEH ubah ialah faktor gaya hidup sihat.

Jika anda ada kedua-duanya sekali, risiko anda mendapat penyakit diabetes pada usia muda 40 tahun sangat tinggi. Ini bermakna lebih tinggi risiko mendapat komplikasi diabetes pada usia 50 tahun, seperti penyakit jantung, stroke atau penyakit buah pinggang, atau dapat ketiga-tiga sekali.

Jika anda hanya ada faktor genetik tetapi mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh ‘modify disease’ dan Insya-Allah boleh melambatkan diri anda mendapat diabetes sehingga usia 60an atau 70an.

Dengan cara ini, anda boleh Insya-Allah boleh melambatkan mendapat komplikasi diabetes sehingga usia 80 tahun atau tiada komplikasi jika dikawal dengan baik.

Jika anda tiada kedua-dua faktor, Insya-Allah boleh sampai ke usia 80 atau 90 tahun baru dapat diabetes disebabkan oleh penuaan organ badan. Insya-Allah, mungkin tidak akan mendapat komplikasi diabetes.

Ada juga yang mewarisi diabetes turun-temurun walaupun tiada faktor genetik, tetapi amalan kurang sihat dan budaya seluruh keluarga yang suka makan berlebihan tetapi tidak suka exercise.

You can break this cycle. Anda boleh mengubahsuai atau ‘modify’ diabetes walaupun ada faktor genetik.

Jika anda ubah gaya hidup anda ke gaya hidup sihat, berhenti minum semua ayaq manis dan exercise, langkah ini boleh memanfaatkan kesihatan seluruh keluarga anda sehingga ke cucu-cicit.

Mereka akan dipengaruhi dan akan mewarisi gaya hidup sihat yang boleh membanteras penyakit turun-temurun.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

BACA:

Wanita ditemui mati di kubur ayahnya kerana minum racunnya, puncanya….

Luluh hati ayah bila dapati keputusan DNA 4 anaknya tidak sama

Bunyi pelik dalam siling ganggu kehidupan lelaki ini, rupanya haiwan ini punya kerja