Doktor tersalah potong kaki pesakit

Seorang doktor wani­ta di Austria yang memotong kaki yang salah milik pesakitnya telah dikenakan denda berjumlah AS$3,049 (RM12,895), lapor akhbar New York Post kelmarin.

Doktor tersebut yang sepatutnya memotong kaki kiri pesakit warga emas itu telah bertindak memotong kaki kanannya dan hanya menyedari kesilapan itu dua hari kemudian.

Pesakit tersebut tiba di klinik Freistadt pada Mei lalu untuk prosedur memotong kaki kirinya. Namun, doktor wanita tersebut telah menandakan kaki yang salah untuk dipotong.

Semasa menukar pembalut, kesilapan itu telah disedari dan pesakit telah diarahkan untuk menjalani satu lagi pembedahan untuk memotong kaki yang sepatutnya.

Hospital itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ‘punca dan keadaan kesilapan perubatan itu telah diteliti secara terperinci’ dan menyifatkan insiden tersebut berpunca daripada kesilapan yang malang.

Doktor tersebut telah dipindahkan ke sebuah hospital lain dan separuh daripada dendanya telah dimansuhkan.

Mahkamah mendapati bahawa pakar bedah berusia 43 tahun itu bersalah kerana kecuaian dan mengeluarkan perintah tersebut.

Isteri kepada pesakit itu yang meninggal dunia sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah turut diberikan wang pampasan berjumlah AS$5,660 (RM23,938).

Baca :Tular video banjir air jernih seperti kolam renang

COMMENTS

Wordpress (0)