Durian Musang king, IOI, D24 tak laku


Durian Musang king, IOI, D24 tak laku. Sebut sahaja durian musang king, IOI, D24, tok litok dan durian kampung Ulu Cheka mesti raja buah tersebut akan menjadi buruan penggemarnya.
Namun, berbeza pula kali ini apabila durian yang berbuah di luar musim itu tidak laku dijual sehingga mengakibatkan peniaga menanggung kerugian.
Seorang peniaga di Kampung Damak, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila buah durian di luar musim tidak mendapat perhatian pelanggan termasuk melalui jualan dalam talian.
Banyak baka durian kampung yang kami pasarkan di tepi jalan Jerantut ke Benta langsung tidak diendahkan pemandu kenderaan berbanding sebelum ini.
BACA: Fizo Omar tampil perjelaskan ape sebenarnya yang berlaku
“Selalunya, ketika musim durian kawasan Damak mendapat perhatian dan dipenuhi penggemar durian dari seluruh pelosok negeri,” ujarnya semalam.
Zainuddin Omar, 62, yang menjual durian di Bandar Baru Jerantut berkata, dia berasa pelik apabila pelbagal jenis durian termasuklah musang king yang dijualnya tidak mendapat sambutan penggemar.
BACA: Kisah sedih P. Ramlee yang ramai tak tahu
BACA: ‘Tak mungkin bercinta dengan Vida’ ini jawapan padu shuib
“Hanya saya menjual durian di sini, orang ramai yang berkunjung ke pekan sehari bandar ini tidak menoleh atau bertanya harganya seperti kebiasaan.
“Hanya dua orang sahaja datang membeli buah durian hari ini,” ujarnya kecewa.
BACA: Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair
Katanya, pelbagai jenis durian diborong dari Damak dan Ulu Cheka di sini seperti durian kampung, durian kahwin, I0I, D24, tok litok dan pelbagai lagi durian berkualiti baik tidak terjual
BACA: Bertuah !!! Isteri pertama diam – diam hadiahkan tiga isteri baru buat suami
Harganya berpatutan seperti durian kahwin dijual antara RM20 hingga RM25 sekilogram, musang king gred B (RM30-RM35), musang king gred A (RM60-RM80), manakala durian kampung adalah antara RM10 hingga RM15 bagi sekilogram.
“Durian kahwin tidak tahan jika tak dijual dalam tempoh tiga hari, ia dibuang begitu sahaja berbanding durian kampung yang boleh dibuat tempoyak,” katanya.