Fara Fauzana mohon untuk jadi pengasuh anak Mizz Nina, sekali ini yang jadi

Fara Fauzana mohon untuk jadi pengasuh anak Mizz Nina, sekali ini yang jadi.Pengacara popular, Fara Fauzana menawarkan diri untuk menjadi nanny atau pengasuh anak angkat pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh iaitu Musa.

Fara atau nama lengkapnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil berkata, dia sedia menjaga Musa yang kini berusia lebih kurang empat bulan sekiranya Nina dan Noh inginkan sedikit privasi seperti menghabiskan masa berdua-duaan.

“Selamat berpuasa Nina. Nanti kalau nak keluar berbuka berdua dengan Noh, bagitahu. Nanny Fafau on standby (sedia berkhidmat),” ujar Fara menerusi ruangan komen Instagram satu hantaran status Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman.

Coretan bersahaja Fara disambut baik oleh Nina yang membalas ringkas: “Yes, please! (berserta emoji muka tersenyum dengan hati).”

Sementara itu, dalam hantaran status, Nina, 42, memaklumkan, Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya terutama apabila pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Saya sangat bersyukur untuk segala ujian yang telah datang dan bersempena Ramadan, saya berdoa agar Allah membenarkan saya masuk dan mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini dengan hati yang lebih lembut, tulen dan bersedia untuk melakukan ibadah dengan kemampuan terbaik.

“Ramadan kali ini sangat berbeza kerana saya seorang ibu sekarang. Jadi, saya sangat-sangat memerlukan tunjuk ajar dan nasihat sebanyak mungkin,” kata Nina.

Awal Mac lalu, Nina dan Noh mendedahkan kehidupan mereka kini lengkap dengan kehadiran anak angkat, Musa selepas 11 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Nina berkongsi berita gembira melalui Instagram (IG) diiringi foto menampakkan Noh dan dirinya sedang mendukung seorang bayi dari belakang.

Kapsyen tertera ‘2 tambah 1 menghasilkan jumlah angka 3’ ditulisnya jelas merumuskan fasa bahagia sedang didepani keluarga kecilnya sekarang.

BACA:

Ustazah Asma diserang warganet

Pinggang dah macam kerengga, Faradhiya buat apa sampai jadi macam ni?

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

COMMENTS

Wordpress (0)