Gara-gara perbuatan adik, rumah artis terkenal disita


Gara-gara perbuatan adik, rumah artis terkenal disita.Rumah penyanyi dan pelakon Irwansyah, 36, di Tangerang Selatan, Banten, digeledah dan disita oleh polis bagi mencari bahan bukti berkaitan kes pemalsuan dokumen yang dilakukan oleh adiknya, Hafiz Fatur.
Difahamkan dalam operasi di selatan Jakarta itu, Khamis lalu, polis menjumpai beberapa bahan bukti seperti buku akaun bank dan sijil jual beli tanah atas nama Hafiz.
Pihak polis berkata, tindakan penggeledahan terpaksa dilakukan kerana Hafiz tinggal bersama Irwansyah. Malah, rumah itu juga kini disita.
BACA: Tular Netizen mahu Nana dan Shuib dijodohkan, ini respon nana
Keadaan yang berlaku itu menyebabkan isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar turut campur tangan apabila meminta agar Hafiz segera menyerah diri kepada pihak polis.
“Saya cuma harap Hafiz boleh bertanggungjawab. Jangan bersikap tidak ‘gentle’ begini.
“Kami sudah ikhlas dan tidak akan menuntut semula soal harta. Mohon serah diri saja,” katanya.
Terdahulu, Hafiz menjadi buruan polis kerana disyaki melakukan jenayah penyelewengan wang.
Nama Irwansyah juga terkait apabila adiknya itu memalsukan dokumen dan tandatangan selebriti ternama berkenaan untuk membuat pinjaman bank.