Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan?

Husam dedah kontraktor balak 'anak beranak' exco Kelantan?

Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan.

Berikut penulisan penuh Husam Musa seperti dipetik dari FB beliau…

Kebetulan Kontraktor Balak Daulah Ada Kaitan Keluarga dengan YB Hanifa?

Kontraktor balak Daulah Najah adalah Al Dar Resourcess Sdn Bhd. Luas kawasan – 700 ekar.

Hasilnya mungkin mencecah lebih RM 10 juta.

Pemilik tunggal Al Dar Resourcess Sdn Bhd adalah Encik Hafiz dari Salor.

Secara kebetulan, beliau bersepupu dengan isteri anak saudara kandung YB Hanifa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan yg amat rapat.

Anak YB Hanifa yg umurnya lebih muda dari Encik Hafiz dilihat selalu berfoto bersama.

Secara kebetulan pula, Encik Hafiz adalah anak saudara YB Adun Salor.

Secara kebetulan pula, kompartmen 25 HSK Nenggiri yg disyaki berlaku kecurian balak berharga mahal, berada bersebelahan konsensi balak yg diusahakan oleh Al Dar Resourcess.

Secara kebetulan juga, kompartmen 26 HSK Nenggiri sebagai hutan perlindungan yg dipanggil Hutan Dara Perlindungan termasuk dalam kawasan yg diluluskan untuk diusahakan oleh Al Dar Resourcess.

Tak pasti Daulah Najah memberikan konsensinya utk dibalak oleh Al Dar Resourcess secara tender terbuka, tender runding atau apa.

Kalau tak ada bunyi tender dibuka, mungkin boleh kita fahami ia diberikan secara rundingan senyap.

Bila badan sudah bertuah, akan banyak berlaku kebetulan-kebetulan.

Amalan demokratik lazimnya memerlukan ketelusan, penjelasan dan tanggung jawab awam.

Pihak pemegang amanah awam wajib memberikan penjelasan.

Antara penjelasan itu ialah, berapakah hasil balak dari konsensi ini diperolehi oleh Daulah Najah?

Namun, saya dok agak akan ada kambing hitam dipaksa mengaku perbuatan curang ini.

Bunyi khabar, sedang diatur.

Husam Musa
3 June 2022

#SaveKelantan
#SelamatkanKelantan

 

BACA JUGA :

Ayam dari Malaysia dijual pada harga RM70/kg di Singapura

Jasmin Hamid kongsi pengalaman kena serangan jantung, “sikit je lagi…”

Bantuan Saradiri & Kecemasan dari YP bernilai RM300 – RM1,000

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan? […]

  • […] Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan? […]