Husam dedah senarai projek dikuasai ‘2H’ di Kelantan

Husam dedah senarai projek dikuasai '2H' di Kelantan

Husam dedah senarai projek dikuasai ‘2H’ di Kelantan

Berikut tulisan Husam Musa seperti dipetik dari facebook milik beliau.

Kelantan Dikuasai Gandingan Dua H?

Gandingan Hanifa-Hafiz dikatakan antara mercu tanda pemerentahan YAB Dato Ahmad Ya’akob.

1. Membalak Bersama Daulah Najah dan Dar Al Resourcess

Gandingan Dua H – Hanifa-Hafiz menerusi Daulah Najah dan Al Dar Resources – pembalakan hutan dara seluas 700 ekar. (Hubungan antara dua syarikat dan dua individu ini seperti ditunjukkan dalam posting saya terdahulu).

YB Dato’ Hanifa mewakili Daulah Najah yg memiliki kawasan balak. En Hafiz pemilik tunggal Syarikat Al Dar – kontraktok balak yg dilantik oleh Daulah Najah.

Pembalakan di Hutan Simpan Kekal Nenggiri itu berakhir dengan terlulusnya hutan dara perlindungan (VJR) dan kecurian kayu balak bernilai RM 5 juta dari kompartmen bersebelahan.

Dua peristiwa ganjil berlaku serentak.

Belum kepastian pencurinya kerana Kerajaan Negeri masih berdiam diri. Apa tindakan Kerajaan Negeri terhadap jenayah keji itu juga belum terjawab.

Melainkan media melaporkan Pengarah Hutan Kelantan diarah menutup mulut.

Kesian Tuan Pengarah. Garang juga Kerajaan Negeri Kelantan ni ya.

2. Gandingan Dua H sekali lagi boleh dilihat dalam ‘Projek Lombong dan Kilang Pemprosesan Emas Usahasama Antara Kelstone Sdn Bhd dan Prima Warisan Venture Sdn Bhd’ di Sokor, Tanah Merah.

Mengikut laman FB Menteri Besar Kelantan, ia dirasmikan oleh Menteri Besar pada 9 April 2018.

Pengerusi Kelstone Sdn Bhd pada waktu juga ialah YB Dato’ Hanifa Ahmad.

En Hafiz pula adalah se orang dari dua lembaga pengarah Prima Warisan Venture Sdn Bhd, bersama En Low Peng [email protected] Peng Kian. En Chua Peng Kian lahir pada tahun 1969.

Seperti dapatan carian SSM.

Prima Warisan Venture ditubuhkan pada 1 April 2015. Tiga tahun kemudian syarikat ini dapat konsensi melombong emas.

3. Bandar Perabut Gua Musang Dengan Pelaburan RM 1 billion

Gandingan DUA H juga boleh dilihat dalam ‘projek mega’ BANDAR PERABUT GUA MUSANG yang dilancarkan oleh MB sendiri pada 10 September 2020. Hampir dua tahun yg lalu.

YB Dato’ Hanifa adalah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kelantan. Projek Bandar Perabut ini di bawah bidang portfolio beliau.

Sdr Hafiz adalah CEO kepada syarikat pemaju bandar perabut itu iaitu Syarikat MCkift Management Committee Sdn Bhd.

Sementara En Low Peng [email protected] Peng Sian adalah pengerusi eksekutif dan pemilik syarikat ini.

En Chua Peng Sian mungkin abang kepada pemilik syarikat lombong di atas tadi – En Low Peng [email protected] Peng Kian. Ini kerana, En Chua Peng Sian lahir setahun lebih awal dari En Chua Peng Kian.

Abang dapat bandar perabut. Adik dapat lombong emas. Kabel yang kuat?

Ketua Pemuda Pas Kelantan tau tak?

Ketua Pemuda Pas Kelantan sila layari laman web Mckift Renewable Forestry Evolution Platform sebelum nak berhujah balas.

Semasa pelancaran, kain pemidang tak tulis Bandar Perabut.

Yang tertulis adalah Majlis Pelancaran Kompleks Industri Perkayuan Sumber diPerbahurui Negeri Kelantan atau Kelantan Wood Industrial Complex Renewable Resource.

INGAT – MAJLIS PELANCARAN KOMPLEKS. KOMPLEKS PERABUT ATAU BANDAR PERABUT BELUM ADA.

Malangnya, dalam di’ayah atau propanda organ parti, se akan telah wujud kompleks perabut atau bandar perabut terbesar di Malaysia!
Tugas MCkift Management Committee Sdn Bhd hanya untuk ‘mengendali projek’.

Termasuk menjual lot-lot tapak kilang di bawah projek itu.

Bukan pelabur yang akan membuka kilang perabut bernilai RM 1 billion itu.

Ramai ingatkan MCkift akan bangunkan kilang perabut.

Bukan.

Syarikat ini didaftarkan sebagai : ‘lain-lain perniagaan aktiviti sokongan’ atau ‘other support service activities’ sahaja. Bukan kilang perabut.

Carian SSM menunjukkan syarikat ini ditubuhkan pada 5 Februari 2018. Dua tahun kemudian, syarikat ini sudah dapat projek ‘jual lot tapak kilang’.

Berdasarkan sedikit info dari YB Dato’ Hanifa menerusi Sidang Dun Kelantan pada 24 Ogos 2020 : ‘Fasa pertama (projek itu) dengan keluasan 50.181 hektar telah mengeluarkan 16 lot kilang manakala lima lot lagi membabitkan infrastruktur asas antaranya tangki air, pencawang tenaga nasional, tapak kumbahan, nurseri dan kawasan lapang’.

Tapak kilang itu seluas 124 ekar atau 50.181 hektar.

Berita RTM bertarikh 10 September 2020 pula memetik MB menyebut keluasan tanah ialah 350 ekar 141 hektar.
Lagi luas.

Tak pasti tanah itu milik siapa.

Kerajaan Kelantan juga bersetuju menghulurkan RM 20 juta bagi membina infra bagi projek ini. Seperti laporan berita Bernama bertarikh 29 March 2022.

Wang RM 20 juta ini datangnya dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke 12.

Seronokkan?

Apa kelebihan syarikat ini sehingga YB [email protected] Kelantan melantik syarikat ini jadi ‘broker’ jual lot tapak kilang?

Catatan penyata kewangan Mckift menunjukkan syarikat ini mencatat kerugian sebanyak RM 61,000 pada tahun kewangan sehingga March 2021.

Aset bukan semasa syarikat ialah RM 4.8 juta dengan tanggungan sebanyak RM 4 juta. Pendapatan syarikat pada tahun itu dicatatkan sebagai kosong.

Sungguh pun kedudukan kewangan syarikat tidak kukuh dan tiada rekod perniagaan, SYARIKAT INI BERTUAH DIPILIH OLEH YB DATO’ [email protected] KERLANTAN.

Pkink dan anak syarikatnya tak layak nak jadi ‘broker jual lot’?

Kesian Pkink dan agensi lain Kerajaan Negeri. Melopong.

4. Berniaga balak pandai. Berniaga emas pun pandai. Jadi ‘pemaju’ uruskan lot-lot tapak kilang pun pandai.
Sama ada En Hafiz sangat pandai atau YB Dato’ Hanifa yg cekap?

5. Harap-harap tak berlaku jenayah pertindihan kepentingan atau conflict of interest.

6. Fikirkan data dan fakta. Buang rasa taksub melampau.

7. Fikirkan kepentingan negeri yg anda diberikan amanah.

Husam Musa
6 June 2022

 

BACA JUGA :

Husam dedah kontraktor balak ‘anak beranak’ exco Kelantan?

Husam pertikai tindakan naikkan gaji Adun Kelantan ketika rakyat sedang susah

Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir

COMMENTS

Wordpress (0)