Ibu tiri ‘rembat’ semua barangan rumah selepas bercerai

Ibu tiri ‘rembat’ semua barangan rumah selepas bercerai.Sebuah video menunjukkan tindakan seorang ibu tiri mengambil semua barangan di rumah bekas suaminya selepas sah diceraikan menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @tyaprameswari itu menunjukkan seorang wanita yang merupakan ibu tirinya, mengambil barang-barang di dalam rumah berkenaan dan meletakkannya ke atas sebuah trak.

Barangan yang diambil termasuk tilam, almari, motosikal, mesin basuh, surat-surat berharga dan juga bantal.

“Ini lah ibu tiri sebenar yang kejam. Dia berkahwin hanya kerana harta dan selepas mendapat harta dan membina sebuah rumah di kampungnya, dia kemudian meminta cerai.

“Bijak juga taktiknya,” demikian keterangan pada klip video itu.

Menurut pemilik akaun itu, wanita tersebut tiba-tiba pulang ke rumah mereka dan mengambil kesemua barang yang ada.

“Sudah tiada apa-apa yang tinggal, barang saya juga diambilnya,” tambah pemilik akaun lagi.

Dalam video itu juga, dapat dilihat bapa kepada pemilik akaun terkejut dengan keadaan itu.

Video tersebut mencatat lebih 3.5 juta tontonan dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Saya tidak sanggup melihat si bapa, semoga cik dan bapa kuat ya,” komen seorang netizen.

“Hebat anda mengawal emosi. Jika saya di tempat anda, sudah saya tikam ibu tiri itu,” komen netizen lain.

BacaPas bertanding di Beting Maro Sahaja pada PRN Sarawak

COMMENTS

Wordpress (0)