Ini cara rebus telur agar berkilat, senang dikupas

Ini cara rebus telur agar berkilat, senang dikupas. Pastikan masuk dua bahan ini ketika hendak merebus telur, nescaya telur rebus yang dihasilkan cantik, berkilat dan mudah dikupas.

Biasa kita ambil mudah cara merebus telur, masukkan air dalam periuk terus letak telur kemudian jerang atas dapur.

Biasanya kita terus besarkan api dapur untuk telur cepat masak sebelum tabur garam sedikit dan biarkan ia mendidih.

Namun kaedah ini akan membuatkan telur rebus tidak cantik dan berkilat apatah lagi permukaan kulit telur menggerutu kerana kulit telur masih melekat pada isinya.

Rupanya ada macam-macam cara yang mak-mak praktikan supaya telur rebus nampak cantik berkilat dan senang dikupas.

Ini cara rebus telur agar berkilat, senang dikupas

Salah satu cara yang dikongsikan daripada Basiroh Kz boleh membantu mak-mak untuk memastikan telur rebus kenyal dan mudah dikupas.

Petua ini rupanya sudah lama diamalkan di Indonesia.

Inilah caranya, ia sangat mudah;

Masukkan 2 sudu kecil garam

Masukkan 2 sudu kecil cuka masakan

Rebus telur dengan menggunakan api yang sederhana sahaja. Jangan api besar. In Sha Allah telur jadi berkilat, kenyal dan tidak mudah pecah serta sangat mudah dikupas.

Selamat mencuba.

BACA:

Luluh hati ayah bila dapati keputusan DNA 4 anaknya tidak sama

Bunyi pelik dalam siling ganggu kehidupan lelaki ini, rupanya haiwan ini punya kerja

Hilangkan kutu beras tanpa jemur, ini teknik mudah