Jeram Toi turut ‘musnah’ akibat tanah runtuh

Jeram Toi turut ‘musnah’ akibat tanah runtuh.Kejadian tanah runtuh, banjir dan arus deras yang berlaku susulan kejadian hujan lebat kelmarin turut memusnahkan Taman Eko Rimba Jeram Toi yang cukup popular dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Tinjauan semalam mendapati berlaku banyak kerosakan berlaku di kawasan hutan lipur tersebut termasuk runtuhan infrastruktur malah pintu gerbangnya turut lenyap.

Pemandangan air terjun dan sungai yang sebelum ini jernih kini bertukar berlumpur serta berselut.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin berkata, pihaknya kini sedang menilai kerosakan disebabkan kejadian tanah runtuh berkenaan.

“Untuk makluman awal kerajaan negeri telah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara bermula hari ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak memandangkan keadaan cuaca yang berterusan hujan.

@utusanonlineJeram Toi turut ‘musnah’ ##viralnewsmalaysia ##beritaditiktok ##utusanmalaysia ##banjir♬ original sound – Utusan Malaysia

“Kami juga menasihatkan agar orang ramai tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Saleh berkata, sebelum ini, pihaknya sudah menutup terlebih awal Hutan Simpan Kenaboi yang juga Hutan Taman Negeri bagi sebarang aktiviti pendakian mahupun perkhemahan atas faktor cuaca.

Menurutnya, tindakan serupa akan dilakukan ke atas semua gunung dan bukit yang memerlukan permit untuk memasukinya atas risiko yang sama.

“Antara risiko berkenaan ialah tanah runtuh, pokok tumbang dan kejadian kepala air,” katanya.

Baca :TERKINI !! Senarai jalan dan lorong ditutup seluruh Selangor

COMMENTS

Wordpress (0)