Kapal Russia dilihat mula lakukan latihan ketenteraan berdekatan Crimea

Kapal Russia dilihat mula lakukan latihan ketenteraan berdekatan Crimea. Lebih 30 kapal armada Laut Hitam Russia memulakan latihan berhampiran semenanjung Crimea sebagai sebahagian daripada latihan tentera laut lebih besar. Kapal, Russia, dilihat, mula, lakukan, latihan, ketenteraan, berdekatan, Crimea, Lebih, 30, kapal, armada, Laut, Hitam, Russia, memulakan, latihan, berhampiran, semenanjung, Crimea, sebagai, sebahagian, daripada, latihan, tentera, laut, lebih, besar, kapal terbang, kapal selam indonesia, kapal selam, kapal layar, kapal selam indonesia hilang, kapal korek, daun kapal terbang, kapal selam kri nanggala 402, kapal selam malaysia,

Kapal Russia dilihat mula lakukan latihan ketenteraan berdekatan Crimea. Lebih 30 kapal armada Laut Hitam Russia memulakan latihan berhampiran semenanjung Crimea sebagai sebahagian daripada latihan tentera laut lebih besar.

Menurut laporan agensi berita RIA, perkembangan itu berlaku ketika negara Barat memberi amaran bahawa perang di Ukraine boleh tercetus pada bila-bila masa.

Pergerakan tentera Russia terus diteliti ketika semakin ramai anggotanya mula berhimpun berhampiran Ukraine, di tambah pula retorik Amerika Syarikat (AS) yang berulang kali menegaskan Russia akan menyerang Ukraine dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Moscow menafikan sebarang rancangan untuk menyerang, namun tetap mengekalkan pendirian akan mempertahankan keselamatannya sendiri terhadap pencerobohan oleh sekutu NATO.

RIA berkata, lebih daripada 30 kapal Russia meninggalkan pelabuhan Sevastopol dan Novorossiisk mengikut rancangan latihan berhampiran Crimea, yang dirampas Russia daripada Ukraine pada 2014.

Ia dikatakan bertujuan sebagai pertahanan pantai Crimea, pos luar armada Laut Hitam serta sektor ekonomi dan komunikasi tentera laut.

Russia mengumumkan bulan lalu bahawa tentera lautnya akan mengadakan satu set latihan menyeluruh membabitkan semua armada dan seterusnya dari Pasifik ke Atlantik.

Ini bagi menunjukkan kekuatan terbaru susulan lonjakan aktiviti ketenteraan berikutan perselisihan dengan Barat yang semakin tegang, terutama AS.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan, memberitahu wartawan bahawa serangan sedemikian mungkin akan bermula dengan serangan udara dan peluru berpandu.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat AS di Ukraine segera meninggalkan negara itu manakala semua kepentingan kerajaan AS di Ukraine turut ditutup dan kakitangannya diarah pulang.

Anggota tentera Russia kelihatan menaiki meriam BMP-3 ketika latihan pasukan Daerah Ketenteraan Selatan di lapang sasar Kadamovsky, wilayah Rostov, Russia. – Foto REUTERS

Sebilangan negara EU juga menggesa warganegara mereka meninggalkan Ukraine secepat mungkin.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, mencemuh amaran AS dan menuduhnya sengaja mencetuskan provokasi bagi ‘menjaja perang’.

“Histeria Rumah Putih lebih hebat berbanding sebelum ini, mereka nampaknya ghairah mahukan perang walau apa pun akibatnya.

“Maklumat salah dan ancaman adalah kaedah kegemaran mereka untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan di Telegram.

Duta Russia ke AS, Anatoly Antonov, pula memberitahu majalah Newsweek bahawa amaran AS adalah ibarat ‘penggera palsu’ dan mengulangi bahawa negaranya ‘tidak akan menyerang sesiapa’.

Kapal Russia dilihat mula lakukan latihan ketenteraan berdekatan Crimea. Lebih 30 kapal armada Laut Hitam Russia memulakan latihan berhampiran semenanjung Crimea sebagai sebahagian daripada latihan tentera laut lebih besar.

Latihan ketenteraan Russia kali ini membabitkan lebih 140 kapal perang dan kapal sokongan, lebih 60 pesawat, 1,000 perkakasan tentera dan lebih 10,000 anggota tentera secara keseluruhan, menurut Kementerian Pertahanan, hari ini.

Selain latihan tentera laut, latihan ketenteraan Russia berskala besar sedang dijalankan dengan sekutu negara itu, Belarus, yang terletak di utara Ukraine dan juga bersempadan dengan EU. – REUTERS

Berita Lain:

Shuib main golf dengan Permaisuri Agong berjaya curi tumpuan netizen

Anak kucing tak nak keluar enjin kereta, oyen jiran jadi tukang bincang

Nah inilah rupa tandas wanita ketika offshore…

COMMENTS

Wordpress (0)