Kecoh!!! ‘Ah Long’ tuntut hutang guru di sekolah

‘Ah Long’ tuntut hutang guru di sekolah.Seorang pengutip hutang skim pinjaman online bertindak melampaui batas apabila dia menuntut hutang daripada seorang guru wanita di sebuah sekolah sehingga mencetuskan kekecohan, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, pengutip hutang tersebut bersikap biadap dan menengking guru berkenaan serta tidak menghiraukan larangan guru-guru lain yang berada di situ.

Dia sebelum itu dilihat terus menuju ke bilik guru dan mendesak guru terbabit melangsaikan hutangnya, namun ditolak wanita tersebut yang mendakwa bahawa dia sudah membayarnya tahun lalu.

“Encik, silakan keluar. Di mana pengawal keselamatan?” kata guru tersebut.

@zieziesyahknajhaq#fypdongggggggg #fyp #HEINZSQUEEZEGAME♬ suara asli – Ziezie Syahknaj Haq

Lelaki pengutip hutang itu kemudiannya bertanya mengapa guru tersebut tidak memakai pelitup muka serta mengugut untuk merakam videonya.

“Saya rakam gambar awak, saya akan muat naik (di media sosial). Sila pakai pelitup muka sekarang,” kata lelaki itu.

@zieziesyahknajhaq##pinjolilegalmeresahkan ##fyp ##fypdongggggggg

♬ suara asli – Ziezie Syahknaj Haq

Guru berkenaan kemudiannya memberitahu bahawa dia sedang berehat dan tidak mengajar, yang membuatkannya membuka seketika pelitup muka.

Beberapa orang guru dilihat turut meminta pengutip hutang itu untuk berlalu pergi namun tidak diendahkan olehnya.

“Bahaya kalau berhutang begini. Jadi, hindarilah daripada berhutang,” kata seorang netizen.

BACA: Tiga remaja mandi pantai Paka ketika air pasang besar di kecam netizen

COMMENTS

Wordpress (0)