Kedai ini jual 15,000 durian separuh dari harga pasaran

Kedai ini jual 15,000 durian separuh dari harga pasaran

Lebih 15,000 biji durian tembaga ditawarkan pada harga rendah dan menanti orang ramai di sebuah kedai menjual buah di Kampung Sentosa dekat Paroi di sini.

Memetik laporan Utusan, durian import dari Thailand itu ditawarkan pada harga RM9.90 sekilogram, lebih rendah melebihi sekali ganda daripada yang dijual di pasaran.

Pengusaha kedai, Syed Sahidan Syed Zainol Abdin, 48, berkata, orang ramai mula membanjiri kedainya sejak pertengahan bulan Ramadan lalu apabila tular di media sosial kedainya menjual durian pada harga murah.

“Sejak itu, ramai yang datang termasuk dari Johor, Kuala Lumpur dan Pahang malah kami pernah menerima pelanggan dari Brunei.

“Kini tinggal kira-kira 30 tan durian atau kira-kira 15,000 biji untuk dihabiskan,” katanya kepada ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya para pelanggan tidak putus-putus mengunjungi kedainya yang dibuka setiap hari mulai pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Beliau memberitahu, harga jualan sebanyak RM9.90 hanya cukup untuk mendapatkan semula modal mengimport durian dan membayar gaji seramai 20 orang pekerja.

 

BACA JUGA :

Seleweng perolehan pengurusan Covid-19, Adham Baba mungkin dipanggil SPRM

Bekalan ayam semakin pulih, harga melonjak RM11.40/kg

Netizen tergelak tengok Amelia Handerson belajar ‘cakap’ Kelantan

 

 

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Kedai ini jual 15,000 durian separuh dari harga pasaran […]

  • […] Kedai ini jual 15,000 durian separuh dari harga pasaran […]