Kepala alat sulit terpotong waktu bersunat, mahkamah arah bayar RM3.1 juta

Kepala alat sulit terpotong waktu bersunat, mahkamah arah bayar RM3.1 juta

Terpotong alat sulit ketika sunat, kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM3.1 Juta.

Ganti rugi wang ringgit tidak mampu menampung kerugian dialami seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lalu, demikian dinyatakan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman mangsa.

Hakim Datuk Akhtar Tahir yang memerintahkan Kerajaan Malaysia dan empat yang lain membayar ganti rugi RM3.1 juta kepada mangsa dalam keputusan kes saman kecuaian pada 7 April lalu berkata, tiada ganti rugi dapat menggantikan aset paling berharga seorang lelaki dan kesengsaraan serta perasaan malu mangsa disebabkan ‘kehilangan’ itu.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga untuk membantunya mendapatkan semula keyakinan bersosial seperti manusia normal lain.

Hakim itu melalui alasan penghakiman yang dikeluarkan 27 Mei lalu, berkata keterangan pakar menyatakan oleh kerana batang zakar masih ada, mangsa masih boleh melakukan hubungan kelamin, mengeluarkan air mani dan berpotensi mempunyai zuriat.

“Bagaimanapun keterangan saksi pakar secara keseluruhannya menunjukkan bahawa, mangsa tidak akan dapat menikmati hubungan kelamin itu.

“Ibu mangsa dalam keterangannya memberitahu, sejak kejadian berlaku ketika anaknya berusia 10 tahun, mangsa tidak lagi berinteraksi dengan orang lain dengan normal kerana tidak mempunyai keyakinan diri.

Walaupun mangsa timbul keberanian untuk berkahwin, tiada mana-mana perempuan yang akan berkahwin dengannya sekiranya mengetahui keadaan yang dialami mangsa,”katanya.

Apa yang berlaku?

Insiden berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika mangsa berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi berada pada batang zakarnya.

 

BACA JUGA :

Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir

Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS

Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF

 

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Kepala alat sulit terpotong waktu bersunat, mahkamah arah bayar RM3.1 juta […]