Kisah asal penemuan kapal titanic secara tak sengaja di jumpai dalam misi rahsia terbongkar

Kisah asal penemuan kapal titanic secara tak sengaja di jumpai dalam misi rahsia.Dua puluh tahun yang lalu, filem blockbuster James Cameron “Titanic” memikat penonton di seluruh dunia. Kisah karamnya kapal Titanic ini telah menarik minat jutaan penonton dari seluruh dunia kerana ianya digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku satu ketika dahulu.

 

Namun, hanya kira-kira 10 tahun lalu Robert Ballard, ahli oseanografi yang menemui Titanic pada tahun 1985, mendedahkan kepada dunia bahawa beliau menemui bangkai kapal yang terkenal itu hasil ekspedisi rahsia ketenteraan bersama pasukan tentera laut Amerika Syarikat.

Menariknya, penemuan bangkai kapal Titanic ini boleh dikatakan secara tidak sengaja kerana misi pencarian kapal ini sebenarnya hanyalah helah (atau “smokescreen”) pihak tentera laut daripada diketahui musuh bahawa mereka sebenarnya sedang mencari dua kapal selam nuklear mereka yang karam.

Usaha pencarian kapal selam nuklear AS
pencarian dasar laut

Kisah asal penemuan kapal titanic secara tak sengaja di jumpai dalam misi rahsia terbongkar

Cebisan kisah Perang Dingin ini telah diketahui sejak pertengahan 1990-an, tetapi butiran yang lebih lengkap kini didedahkan, kata penemu Titanic, Robert Ballard. Beberapa tahun sebelum itu, desas-desus bertiup kencang bahawa kedua kapal selam tersebut karam ketika Perang Dingin.

Namun, tiada siapa yang dapat mengesahkannya sehinggalah Robert Ballard sendiri yang mendedahkan perkara ini. Beliau merupakan ahli oseanografi di Universiti Rhode Island di Narragansett dan Akuarium Mistik dan Institut Penerokaan di Connecticut.

Robert Ballard bertemu dengan pihak Tentera Laut pada tahun 1982 untuk meminta pembiayaan untuk membangunkan teknologi kapal selam robot yang diperlukannya untuk mencari Titanic. Malangnya, perbelanjaan dalam usaha pencarian Titanic bukanlah dalam bajet mereka.

Ronald Thunman, ketika itu Timbalan Ketua Operasi Tentera Laut untuk peperangan kapal selam, memberitahu Robert Ballard bahawa pihak tentera berminat dengan teknologi itu tetapi hanyalah untuk tujuan menyiasat bangkai kapal U.S.S. Thresher dan U.S.S. Scorpion.

Teknologi pencarian dasar laut
rangka kapal titanic

Kisah asal penemuan kapal titanic secara tak sengaja di jumpai dalam misi rahsia terbongkar

Memandangkan teknologi yang dibangunkan beliau akan dapat mencapai kapal selam yang tenggelam dan mengambil gambar, ahli oseanografi ini bersetuju untuk membantu. Beliau kemudian meminta pihak Tentera Laut jika beliau boleh mencari Titanic, yang terletak di antara dua bangkai kapal itu.

Ronald Thunman kemudian menegaskan tugas dan misi utama mereka adalah mencari 2 kapal selam tersebut sahaja. Namun, beliau mengatakan bahawa jika misi tersebut berjaya menemui kedua kapal tersebut dan mereka mempunyai lebih masa, pihak tentera tidak keberatan untuk membantunya.

Walau bagaimanapun, pihak tentera laut AS tidak memberikan kebenaran secara spesifik adakah mereka akan membantunya mencari bangkai kapal Titanic. Tiada harapan yang tinggi rangka Titanic akan ditemui tetapi apabila ianya berjaya ditemui, pihak tentera laut gusar misi tersebut akan mendapat perhatian orang awam.

Maka akan terbongkarlah misi rahsia mereka hendak mencari kapal selam Amerika Syarikat. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila orang awam terlalu fokus dengan penemuan rangka kapal Titanic sehinggakan mereka tidak tahu pihak tentera laut Amerika Syarika ketika itu mempunyai misi lain yang lebih penting.

Maka, rahsia ini terus terpelihara rapi sehinggalah pendedahan yang dibuat sendiri oleh Robert Ballard yang menyertai misi tersebut.

Kajian mengenai kesan nuklear kepada alam sekitar

Kisah asal penemuan kapal titanic secara tak sengaja di jumpai dalam misi rahsia terbongkar
titanic 272

Kapal selam Thresher dan Scorpion telah tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada kedalaman antara 3,000 dan 4,600 meter (10,000 dan 15,000 kaki). Misi pencarian kapal selam ini adalah kerana pihak tentera laut ingin mengetahui nasib reaktor nuklear yang menggerakkan kedua kapal selam tersebut.

Pengetahuan ini adalah untuk membantu menentukan keselamatan alam sekitar untuk melupuskan bahan nuklear tambahan di lautan. Pihak tentera Laut juga ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang bukti untuk menyokong teori bahawa kapal selam Sccorpion telah ditembak oleh Soviet.

Data yang dikumpul oleh Robert Ballard menunjukkan bahawa reaktor nuklear itu selamat di dasar lautan dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Data itu juga mengesahkan bahawa kapal selam Thresher mungkin telah tenggelam selepas kegagalan paip menyebabkan kegagalan penjanaan kuasa nuklear.

BACA JUGA : AC Mizal beri respon selepas video tular ‘Habislah rahsia terbongkar’
Kalau dah jodoh tak kemana, dulu selalu ‘Membawang’ sama-sama

COMMENTS

Wordpress (0)