Kisah palsu capal naik ke langit…

Kisah palsu capal naik ke langit…

Asalnya mereka mendakwa ianya capal Nabi ﷺ, selepas tu mereka memuja lakaran capal, bimbang jika tidak dikawal boleh merosakkan akidah umat Islam.

Ada juga pihak mendakwa lakaran capal tersebut mempunyai kelebihan sehingga dalam surau pun dibuat lakaran capal.

Semoga pihak berkuasa dapat menegur mereka supaya menjaga kesucian surau dari menyebar akidah yang boleh menyesatkan umat Islam.

Kami dapati lakaran capal tu dah ada orang buat cincin, kopiah, kek, topi, keychain kunci, bantal dan banyak lagi.

-Admin-

KISAH PALSU CAPAL NAIK KE LANGIT

Maulana Abdul Hayy rahimahullah menceritakan di dalam kitabnya “ الآثار المرفوعة في الأخبار الموضوعة ” :

ولنذكر ههنا بعض القصص التي أكثر وعاظ زماننا ذكرها في مجالسهم الوعظية، وظنوها أمورًا ثابتة، مع كونها مختلقة موضوعة، فمنها: ما يذكرون من أن النبي لما أسري به ليلة المعراج إلى السموات العلى، ووصل إلى العرش المعلى، أراد خلع نعليه، أخذًا من قوله تعالى لسيدنا موسى حين كلمه: ((فاخلع نعليك إنك بالواد المقدس طوى))، فنودي من العلي الأعلى: يا محمد، لا تخلع نعليك، فإن العرش يتشرف بقدومك متنعلًا، ويفتخر على غيره متبركًا، فصعد النبي إلى العرش، وفي قدميه النعلان، وحصل له بذلك عز وشأن.

“ Kami akan sebutkan disini sebahagian kisah yang selalu diceritakan oleh penceramah di zaman kami. Mereka itu menyangka cerita yang disampaikan itu benar/tsabit padahal ianya adalah cerita yang palsu/rekaan.

Antara kisah yang masyhur adalah kisah nabi SAW naik ke langit yang tinggi kemudian ketika Baginda sampai di Arasy, Baginda mahu menanggalkan seliparnya kerana Baginda SAW teringatkan peristiwa nabi Musa a.s ( yang diminta oleh Allah SWT untuk mencabut seliparnya kerana dia berada di lembah yang agung )

Tiba-tiba terdengar suara dari langit berkata : Wahai Muhammad, jangan kau tanggalkan selipar engkau. Kerana sebenarnya Arasy merasa mulia dengan kehadiran engkau dengan memakai selipar. Dan sekeliling Arasy mahu mengambil berkat dari selipar engkau.

Kemudian nabi SAW naik ke Arasy dengan memakai kedua seliparnya itu. Lalu Arasy merasa mulia dan hebat ( dengan sebab hadirnya Rasulullah SAW berserta selipar Baginda SAW). “

Kisah palsu sebegini masih berlegar di masjid-masjid dan diceritakan oleh sebahagian penceramah.

Sumber :

COMMENTS