Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40. Tular hari ini kisah Tasnim Shah seorang graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi buah mulut warganet selepas Prof ‘tak boleh duduk dengan orang B40’ dikecam minggu lalu.

‘Tasnim’, 24, muncul sohor kini di Twitter dengan lebih 10,200 ciapan setakat jam 10 pagi ini.

Kelmarin, dia memberitahu menikmati penerbangan kelas pertama dari London ke Dubai sebagai ganjaran buat dirinya sendiri selepas menerima keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang.

“Kelas Pertama – ganjaran daripada saya kepada diri saya sendiri.

“Jadi, tiga minggu yang lalu, saya menerima keputusan peperiksaan akhir saya dan… mengejutkan ia adalah baik.

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

“2021 adalah tahun yang sukar bagi saya. Tuhan, saya masih ingat saya bertanya kepada diri saya sendiri ‘perlukah saya berhenti pengajian undang-undang’ sejak semester pertama dan lihat saya tinggal (teruskan pengajian) selama 5 tahun,” ceritanya di Facebook.

Tasnim turut menyertakan sembilan foto termasuk keratan slip keputusan peperiksaannya dengan purata mata gred bernilai 3.72 iaitu gred A-.

Instafamous dengan 627,000 pengikut itu berkata, dia mula bekerja keras sejak selepas SPM dan suka berdikari daripada segi kewangan termasuk membayar bil utiliti sendiri.

“Jadi, untuk mengimbangi antara kerja dan belajar, bukan senang. (Terutama apabila anda belajar undang-undang?)

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

“Saya sentiasa cemas, kesihatan mental saya sangat teruk dan saya pergi berjumpa dengan tiga pakar psikiatri yang berbeza.

“Tetapi apa pun, saya sangat gembira kerana semuanya sudah berakhir sekarang. Saya secara rasmi pemegang ijazah undang-undang. Terima kasih Allah,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen mengecam pendedahan Tasnim itu hingga mengaitkan kewajarannya menuntut di UiTM yang sepatutnya diutamakan kepada pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40.

Malah, terdapat warganet yang mengenali Tasnim dan memberitahu gadis itu bukan daripada keluarga susah.

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

“Ayah dia penceramah bebas/ahli perniagaan dan semua tahu dia silver spoon. Ayra, Tasnim and adik lelaki dia pun dah sertai industri muzik. Alasan betul masuk UiTM sebab susah,” kata pengguna Twitter, @azharokey.

Hal sama turut dibangkitkan Hafizah yang dakwanya di sekolahnya dulu, Tasnim merupakan pelajar senior.

“Nah dia (Tasnim) bukan keluarga susah pun.

“Tasnim bekerja keras untuk berada di tempatnya sekarang. Ada bisnes. Sebahagian daripada perjalanannya ditaja. Bukan semua perjalanan dia bayar,” tambah Hafizah lagi.

Tasnim kini mempunyai 627,000 pengikut di Instagram.

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

TONTON:

BACA:

Miliki Ganja : Yasin Sulaiman suruh kirim salam kepada Syed Saddiq

Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula

Kecoh data pengguna Mysejahtera dijual, ini respon KJ

COMMENTS

Wordpress (0)