Kuali berkerak hitam kembali bersinar, ini rahsianya

Kuali berkerak hitam kembali bersinar, ini rahsianya. Kuali berkerak hitam legam berkilat semula selepas guna bahan ini. Memasak di dapur sudah menjadi tugas utama suri rumah tambahan pula kuali antara alatan utama untuk memasak seperti menggoreng.

Namun, lama-kelamaan kuali yang digunakan akan berkerak dan hitam keadaan ini pastinya amat menyukarkan untuk mencuci kuali dengan cara biasa.

Sudah pasti kita sebagai suri rumah juga akan sakit mata apabila melihat keadaan kuali kesayangan kita itu.

Dah macam-macam cara digunakan untuk menghilangkan kerak hitam tersebut tetapi tak menjadi!

Jadi, terjumpa pula satu perkongsian tips menghilangkan kerak hitam kuali di laman Facebook dimana tips ini menjadikan kuali tersebut kelihatan baru!

Kuali berkerak hitam kembali bersinar, ini rahsianya

Percaya atau tidak kuali hitam legam berkilat semula hanya selepas menggunakan kapur makan sahaja!

Apa yang anda perlukan ialah kapur makan yang mak-mak selalu guna itu kemudian sapukan kapur di bahagian belakang periuk berkerak.

Kemudian, rendamkan dalam air rebusan. Lagi lama direbus, lagi mudah kerak tertanggal.

Kerak-kerak degil itu boleh anda kikis menggunakan pisau. Tak perlu sental sekuat hati, kerak-kerak itu sudah mudah untuk ditanggalkan.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan cara mana satu paling mudah, yang penting kena rajin untuk kuali sentiasa nampak bersih dan berkilat!

BACA:

Luluh hati ayah bila dapati keputusan DNA 4 anaknya tidak sama

Bunyi pelik dalam siling ganggu kehidupan lelaki ini, rupanya haiwan ini punya kerja

Hilangkan kutu beras tanpa jemur, ini teknik mudah