Lelaki Arab lamar Amber berkahwin, janjikan kegembiraan

Lelaki Arab lamar Amber berkahwin, janjikan kegembiraan

Amber Heard dilamar untuk mengahwini seorang lelaki dari Arab Saudi selepas aktres itu tewas dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp.

Memetik laporan laman Gulf News, lamaran yang dibuat menerusi rakaman suara di laman Instagram aktres tersebut tular di laman-laman sosial.

Dalam rakaman suara yang disiarkan di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki tersebut berjanji kepada bintang filem Aquaman itu untuk mengisi hidupnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

“Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

“Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak.

“Semoga Allah membahagiakan kita. Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua (Johnny) itu,” katanya dalam kiriman nota suara.

Pada minggu lalu, Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati wanita tersebut telah memfitnah bekas suaminya.

Heard mendakwa bahawa pelakon Pirates of the Caribbean itu telah menderanya sepanjang hubungan mereka.

Juri juga telah memberikan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada aktor tersebut yang diakui oleh peguam Heard bahawa dia itu tidak mampu untuk membayarnya.

 

BACA JUGA :

Zarina Anjoulie selamber cium Iqram Dinzly,“Bestfriend tahik mu” ..kata netizen

Tular Nelayan Jadi Jutawan Segera, Temui ‘EMAS’ Bernilai Lebih RM 5.6 Juta

Durian Runtuh !!! Pengutip sampah terjumpa “Batu Permata” bernilai Rm2.9 Juta tepi pantai

COMMENTS

Wordpress (0)