Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian

Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian liyana jasmay cerai liyana jasmay bertudung tudung liyana jasmay liyana jasmay dan suami liyana jasmay 2019 suami liyana jasmay liyana jasmay cinta bersatu mp3 liyana jasmay seksi

 

Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian.Sambutan ulang tahun kelahiran pelakon dan juga penyanyi Liyana Jasmay yang ke-34 baru-baru ini dikecam netizen selepas dia dituduh berdoa menyerupai ajaran agama Kristian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Liyana berkongsi sebuah video sedang menggenggam tangan sambil menutup mata sebelum meniup lilin pada kek bertingkat yang ada di hadapannya.

“Terima kasih di atas ucapan dan doa semua,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tindakan pelantun lagu Cinta Bersatu itu berdoa sebelum meniup lilin mengundang kecaman netizen apabila mendakwa perbuatannya seakan-akan meniru cara agama lain berdoa.

Rata-rata pengikutnya dalam Instagram mempersoalkan cara Liyana dan berasa kecewa apabila tindakan pelakon itu tidak melambangkan dirinya sebagai umat Islam dengan mengikut perbuatan agama lain.

Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian

“Islam tidak berdoa seperti ini. Tidak ada ‘make a wish’ (memohon hajat) sebelum meniup lilin. Itu sahaja komen saya,” ujar seorang netizen.

“Tidak perlu tiru budaya Barat,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Ustaz ada cakap meniru tangan (berdoa) seperti agama Kristian adalah haram,” tegur seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen menegur perbuatan Liyana meniup lilin pada kek hari jadi kerana mendakwa dalam agama Islam, perbuatan tersebut (meniup lilin) adalah dilarang.

“Kenapa tiup lilin sambil buat hajat? Bukan tidak boleh ke? (haram),” kata seorang pengikutnya.

Sekadar info, Liyana mengambil keputusan untuk berhijrah apabila tampil memakai hijab sepenuhnya pada 2017.

Bagaimanapun, pelakon itu kembali membuka hijab sekitar 2020 apabila berkongsi foto dirinya tidak lagi menutup aurat ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia.
TONTON :

BACA:

Ini 4 fungsi Gel Silica yang ramai tidak tahu

Buang barang lama rumah anda dengan mudah, hanya guna aplikasi ini

Selepas lamar Amelia Henderson, Aedy Ashraf diam pula..

COMMENTS

Wordpress (0)