Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia

Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia.Menurut laman sesawang Guinness World Records, Istana terbesar di dunia dilaporkan milik kerajaan Brunei iaitu Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Istana Nurul Iman yang merupakan tempat Sultan ke-29 dan keluarganya bersemayam iaitu Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III.

Menurut info dipetik Forum Cari, istana tersebut berkeluasan 200,000 m2 dan mempunyai 1,788 bilik.

Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia

Selain itu, mahligai itu juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan yang sangat besar sehingga boleh memuatkan 5,000 dalam satu-satu masa.

Istana Nurul Iman juga menempatkan garaj yang boleh mengisi 110 buah kereta serta mempunyai masjid besar di dalamnya.

Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia

Malah, di dalam istana itu terpasang 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan juga 5 kolam renang untuk kegunaan Sultan dan juga kerabatnya.

Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia

Mahligai berskala mega itu telah direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin dan juga pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Negara Brunei pegang rekod miliki istana paling besar di dunia

Ianya menelan belanja sebanyak 1.4 billion dan tidak hairanlah jika Istana Nurul Iman digelar istana terbesar di dunia!

BACA JuGA: Durian Musang king, IOI, D24 tak laku
Tular murid RMT hanya terima nasi putih, kuah dalam makanan.
Lee Zii Jia akhirnya tinggalkan BAM

COMMENTS

Wordpress (0)