Netizen minta henti tanya shuib soal kahwin

Netizen minta henti tanya shuib soal kahwin.Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mencuri perhatian warganet selepas memuat naik gambar sedang duduk di atas pelamin menerusi satu entri Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, dia dilihat sedang berseorangan, duduk di atas pelamin di sebuah majlis perkahwinan.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen perkongsian berkenaan dibanjiri pelbagai reaksi warganet.

Malah, mereka juga ‘bermain’ teka teki siapakah yang bertuah menjadi pemilik hati bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

“Siapa ya nanti bakal duduk sebelah Shuib akan datang. InsyaAllah,” komen seorang warganet.

Baca :Tular Netizen mahu Nana dan Shuib dijodohkan, ini respon nana ko

“Kita tunggu sebelah itu ada siapa,” komen juga pengguna lain.
“Sudah duduk atas pelamin, nampak gayanya tak lama lah itu membujang. Moga temui jodoh terbaik,” tulis lagi seorang warganet.

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet meminta pihak di luar sana agar berhenti melontarkan komen mengenai perkahwinan kepada Shuib.

Baca :Nana bersuara selepas dikaitkan dengan Shuib

“Saya harap komen-komen ‘kahwin lagi’ perlu diberhentikan demi menjaga anak-anak dan menghormati arwah.

“Shuib nampak begitu merindui arwah dalam perkongsian dia,” komen seorang pengguna tanda beringat.

“Saya harap berhenti lah komen meminta Shuib berkahwin lagi. Jaga lah hati anak-anaknya dan arwah pun baru sahaja berapa bulan meninggal,” komen juga seorang warganet.

Sebelum ini, nama penyanyi Siti Nordiana dan Shuib tiba-tiba menjadi perhatian warganet selepas satu video menunjukkan penyanyi itu datang ke sebuah butik untuk menempah baju, tular.

Baca :‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’ kata Datuk Seri Vida

COMMENTS

Wordpress (0)