Netizen puji kesabaran penguatkuasa ini ketika jalankan tugas walau dimaki

Netizen puji kesabaran penguatkuasa ini ketika jalankan tugas walau dimaki.Sejak pagi tadi tular sebuah video rakaman orang awam berkenaan provokasi seorang lelaki terhadap penguatkuasa yang sedang bertugas. Dapat dilihat penguatkuasan berkenaan dimaki dengan kata-kata kesat dan masih belum diketahui apa yang menyebabkan lelaki berkenaan naik angin.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Izzan Rashid. “Enforcement bukan kerja yang mudah, bukan kerja makan gaji buta tau. Kena tahan maki, mental dan fizikal kena kuat. You got my respect bro! Awak memang kental! Steady Majlis Perbandaran Kuala Selangor,” tulis Izzan.

Dalam video berkenaan, penguatkuasa berkenaan kekal tenang dan tidak melayan segala provokasi yang dibuat oleh lelaki tersebut walaupun dimaki bertubi-tubi dan diugut. Cara penguatkuasa itu mengawal keadaan menerima pujian daripada netizen.

Berdasarkan maklum balas daripada penduduk setempat, lelaki berkenaan sebenarnya mempunyai masalah mental dan ‘perkara biasa’ apabila dia tiba-tiba naik angin dan bertindak sedemikian.

Begitulah antara karenah manusia yang terpaksa dilalui oleh pegawai penguatkuasa. Anda pernah berdepan dengan situasi seperti ini sebelum ini?

BACA:

Gadis Intern akur Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari, bayar RM30k Ambil Kos Pelancongan
Zara Zya Tak kisah dikecam, asalkan NGO saya dikenali

COMMENTS

Wordpress (0)