Panas !!! Hakim beri teguran keras pada peguam Najib

Panas !!! Hakim beri teguran keras pada peguam Najib

Ketua pasukan pembelaan Najib Razak hari ini diberi peringatan tegas agar berhati-hati memilih perkataan untuk menggambarkan hakim mahkamah tinggi yang sebelum ini mensabitkan bekas perdana menteri itu.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya – diketuai Abdul Karim Abdul Jalil – mengarahkan Muhammad Shafee Abdullah menggunakan bahasa yang lebih santun semasa berhujah.

“Tolong gunakan bahasa sopan untuk menunjukkan di mana hakim berkenaan melakukan kesilapan.

“Tidak ada keperluan menggunakan frasa seperti sangat tidak mahir dan memburuk-burukkan keputusan berkenaan,” kata hakim.

Sebelum ini semasa menyampaikan hujah rayuan Shafee mempersoalkan penghakiman hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohd Nazlan sebelum ini mensabitkan Najib bersalah atas semua tujuh pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Ahli parlimen Pekan itu kemudian dihukum penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Persoal ada alasan tambahan

Bagaimanapun Mohd Nazlan membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar diputuskan.

Dalam hujahnya di Mahkamah Rayuan Shafee menggunakan istilah seperti hopelessly incompetent (sangat tidak kompeten) dan poisoned (beracun) untuk menjelaskan penghakiman Mohd Nazlan.

Justeru kata Shafee penghakiman Mohd Nazlan wajar diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

Hari ini Abdul Karim memberitahu Shafee berbanding ungkapan yang digunakannya semalam peguam terbabit masih boleh menyampaikan hujahnya menggunakan perkataan lain seperti terkhilaf secara undang-undang dan tersalah arah.

Selain Abdul Karim dua lagi hakim yang mendengar rayuan Najib ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Shafee kemudian menjawab dia tidak dapat menahan diri daripada berkata demikian jika berpendapat itu adalah yang dapat dilihat pada penghakiman Mohd Nazlan.

Terdahulu Shafee berkata apabila Najib diarah untuk membela diri atas semua tujuh tuduhan yang dikenakan ke atasnya pada 11 Nov 2019, penghakiman lisan Mohd Nazlan menyatakan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie.

Setelah berpendapat Najib didapati bersalah tahun lalu, katanya, hakim terbabit memasukkan alasan tambahan mengapa bekas perdana menteri itu perlu diperintah untuk membela diri.

“Ini sangat tidak wajar dan memudaratkan tertuduh,” katanya.

Dia juga berkata bahawa pemasukan alasan tambahan itu tidak sah dan menunjukkan Mohd Nazlan berat sebelah.

“Hakim yang tidak kompeten menjadi punca kesalahan itu,” kata Shafee sambil mendakwa hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil sudah dinafikan.

Peguam itu juga berpendapat penambahan alasan baru dalam penghakiman dan catatan rayuan berkenaan menunjukkan Nazlan telah “meracuni” penghakimannya.

Pendengaran kes di Mahkamah Rayuan bersambung lagi hari ini.

Berita Penuh :https://m.malaysiakini.com/news/569606

COMMENTS