Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan dua anggota

Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan dua anggota.Pegawai kanan polis ditahan selepas mengamuk, membuat bising dan mencederakan anggota polis dalam kejadian di Lebuh Queen di sini, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro ,Difahamkan, pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu dikatakan membuat bising di hadapan hotel pada 1.40 pagi.

Lelaki yang cuba ditenangkan anggota polis yang ke tempat kejadian kemudiannya bertindak agresif dan cuba menyerang anggota berkenaan.

Menurut sumber, anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada kaki, manakala seorang Koperal pula cedera di tangan selepas diserang lelaki itu dalam kejadian terbabit.

Lelaki berusia 35 tahun itu kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, beberapa video mengenai suspek tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Lelaki berbaju warna hitam serta berseluar panjang itu dikatakan berada dalam keadaan mabuk selain kaki kanannya didapati berbalut dirakam mengeluarkan kata-kata kesat di lokasi terbabit.

Baca :Pas bertanding di Beting Maro Sahaja pada PRN Sarawak

COMMENTS

Wordpress (0)