Pemandu Vellfire dikecam tidak beri ruang kepada pemandu lain

Pemandu Vellfire dikecam tidak beri ruang kepada pemandu lain.Orang ramai mengecam tindakan seorang pemandu yang enggan memberi ruang kepada pemandu lain lalu menyebabkan pertelingkahan berlaku antara kedua-dua pemandu tersebut.

Video berdurasi seminit yang dikongsi oleh Facebook DashCam Malaysia memaparkan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai memotong barisan lampu isyarat cuba memasuki laluan pemandu lain.

Namun, seorang lagi pemandu yang juga pemilik kepada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tersebut enggan mengalah dan tidak membenarkan pemandu Toyota Vellfire tersebut memotongnya.

Disebabkan itu, menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemandu Toyota itu yang kemudian cuba memandu secara melulu dan memotongnya sekali lagi namun gagal.

Difahamkan kejadian berlaku pada petang semalam namun lokasi tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang enggan memberi ruang walaupun pemandu Toyota Vellfire itu sudah memberikan isyarat untuk memasuki laluan.

“Alahai benda mudah sahaja, kamu tekan sikit brek bagi dia masuk, selesai,” tulis Mrzeem Salim.

“Dia dah beri isyarat nak masuk, ruang dia nak masuk pun agak luas. Tuan sahaja yang tidak bertimbang rasa,” kata Affenddy Mohamad.

Sementara itu, Fitrah Fitri menjelaskan bahawa alangkah lebih indahnya jika semua pemandu mengamalkan sikap bertolak ansur.

BACA:

. Lelaki terselamat daripada maut, batang besi tembus kepala” href=”https://utamadaily.com/video-lelaki-terselamat-daripada-maut-batang-besi-tembus-kepala/” target=”_blank” rel=”noopener”>
Lelaki terselamat daripada maut, batang besi tembus kepala
[VIDEO] Pelapis long tiger muncul pula
Amaran hujan lebat dan ribut petir malam ini di 7 negeri

COMMENTS

Wordpress (0)