Pengantin baru jadikan ‘Unboxing By Husband’ trend terkini, sekali cikgu beri komen pedas

Pengantin Baru Jadikan ‘Unboxing By Husband’ Trend Terkini, Cikgu Beri Komen Pedas.Selalunya kalau kita dengar perkataan unboxing, pasti ramai yang terbayang video-video yang memaparkan review terhadap sesuatu barang mahupun produk.

Walau bagaimanapun, sekarang ini yang sedang menjadi trend di platform TikTok bukannya rakaman video unboxing barang, akan tetapi Unboxing By Husband.

Dari perkataan itu pun dah dapat nampak kepelikannya dan itulah realiti sekarang ini apabila terlalu ramai pengantin baru terutamanya dikalangan wanita bertudung memuat naik video seperti itu.

Trend ini memaparkan tudung si isteri akan dibuka secara perlahan-lahan oleh si suami dan masing-masing masih memakai busana pengantin.

BACA JUGA : Ustaz Azhar beritahu bahawa umat Islam tak boleh bersih rumah ibadat lain, sekali ini reaksi padu Zakir Naik

Akibat berasa meluat dengan video-video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Dell memberi teguran pedas kepada pasangan yang merakam hal itu dan satu perkara yang terlintas di dalam fikiran dia adalah, mana letaknya perasaan malu buat wanita bertudung yang melakukan trend terbabit.

BACA:Cikgu ni kongsi cara sebut Aiskrim ‘llaollao’ yang sebenar

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu tersebut dan merasakan perkara itu tidak perlu dipertontonkan buat khalayak umum, cukup sekadar simpan sendiri.

BACA JUGA : Pemergian yang amat di cemburui, meninggal ketika sujud solat sunat fardu zuhor

COMMENTS

Wordpress (0)