Pengeluaran khas: KWSP beri penjelasan persoalan ada status kelayakan

Pengeluaran khas: KWSP beri penjelasan persoalan ada status kelayakan. Semua ahli yang memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui apakah status keputusan permohonan itu nanti.

Umum mengetahui, status kelayakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh disemak secara online bermula 9 April ini melalui pautan portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Bagaimanapun, timbul juga persoalan dalam kalangan netizen; mengapakah perlu ada status kelayakan jika semuanya masing-masing sudah layak memohon?

Demikianlah seperti yang dipersoalkan oleh netizen di laman Facebook KWSP baru-baru ini mengenai lulus ataupun tidak lulus seperti berikut:

Pengeluaran khas: KWSP beri penjelasan persoalan ada status kelayakan

Oleh itu, KWSP di ruangan komen membalas tanda tanya dan kegelisahan individu itu berkaitan status kelulusan tersebut.

Menurut KWSP, ahli tidak perlu risau lagi kerana mereka yang memohon hanya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan, iaitu pemohon mestilah berumur 55 tahun dan ke bawah, termasuklah pencarum yang bukan warganegara.

Selain itu, baki jumlah simpanan di dalam akaun mestilah sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh ahli melakukan permohonan.

Menurut KWSP lagi, semakan status permohonan hanyalah prosedur umum untuk membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu lain.

Pengeluaran khas: KWSP beri penjelasan persoalan ada status kelayakan

Difahamkan, tarikh semakan status permohonan Pengeluaran KWSP boleh mula disemak pada 9 April 2022 ini. Semakan boleh di buat secara atas talian melalui portal Pengeluaran Khas.

Untuk pengetahuan anda, setiap permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja.

Selain itu, anda tidak perlu untuk mengakses i-Akaun, mengunjungi mana-mana kios KWSP atau cawangan KWSP berhampiran.

Boleh ke simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Disamping itu, KWSP menegaskan bahawa simpanan dalam akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas yang akan mula dibuka pada 1 April nanti.

“Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut,” jelasnya lagi.

Difahamkan juga, pihak KWSP akan lakukan penggantian semula dan juga tambahan sebanyak 20% dari amaun yang dikeluarkan.

Rasional penggantian semula serta tambahan 20 peratus

Memetik KWSP, rasional penggantian semula ini bertujuan untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang cukup selepas persaraan.

“Tambahan 20 peratus yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5 peratus dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

“Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan,” tambah KWSP.

TONTON:

BACA:

Pinggang dah macam kerengga, Faradhiya buat apa sampai jadi macam ni?

Kisah Tasnim Shah jadi tular selepas kecoh isu Prof tak boleh duduk dengan B40

Rupanya ini punca lipan berbisa hidup dalam rumah anda

COMMENTS

Wordpress (0)