Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir

Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir

Husam Musa mengingatkan Dr Mahathir Mohammad tentang perjanjiannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri.

Kata Husam, tidak timbul isu Pakatan Harapan (PH) tidak menyokong ahli parlimen Langkawi itu untuk terus kekal sebagai perdana menteri ketika gabungan itu menawan Putrajaya melalui pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu.

“Kan Tun (Dr Mahathir) dah janji hari itu? Dah tandatangan perjanjian dan saya ada jadi saksi kerana saya yang sediakan perjanjian itu.

“Perjanjian itu dibawa ke rumah Tun pada pagi hari, dalam perjanjian itu Tun bersetuju nak jadi perdana menteri dua tahun saja.

“Tak timbul masalah orang undi dia lagi untuk jadi perdana menteri sebab dia dah bersetuju dan dia pun dah jadi perdana menteri sehingga dua tahun, (atau) 22 bulan, dah dekat dua tahunlah, tinggal dua bulan saja lagi,” tegas Husam kepada media di Putrajaya, hari ini.

Husam berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang juga pengerusi Pejuang semalam yang mendakwa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana Anwar.

Husam berkata sebelum kedua-dua pihak pemimpin terbabit sepakat dan bersetuju dengan perjanjian tersebut, Mahathir telah mengadakan perbincangan dengan anak perempuan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang turut dihadirinya.

“Kemudian sebelum kedua-dua pihak menerima persetujuan bergabung dengan Tun dan setuju untuk Tun jadi perdana menteri, Tun telah telah pujuk pihak Anwar melalui Nurul Izzah.

“Saya diminta jadi saksi dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Tun di rumah dia, dan dalam masa perjumpaan itu Tun pakai pakaian yang paling segak iaitu pakaian sut ala nehru, dia jarang-jarang pakai tu.

“Dia pakai kemas kerana berunding dengan Nurul Izzah, saya diminta menemankan perundingan itu.

“Dan dalam perundingan itu, Tun bersetuju untuk dia jadi perdana menteri dan kemudian beri kepada Anwar,” katanya.

Dr M tak cerita siapa-siapa

Jelas Husam, Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson itu juga telah bersetuju dengan penuh hormat untuk Mahathir mengemudi negara.

“Seterusnya kita kena ingat mesyuarat PH yang terakhir Febuari 2020 yang mana semua setuju Tun terus jadi perdana menteri dan tak tentukan tarikh bila dia berhenti.

“Dalam mesyuarat itu, Anwar sendiri kata Tun teruskan sebagai perdana menteri dan akan sokong dia, tak perlu bincangkan tarikh akhir jawatan beliau. Tun teruskan, kita sokong dan kita tiada masalah.

“Tetapi, keesokkan harinya dia letak jawatan,” jelas Husam.

 

BACA LAGI :

Dipecat kerana tak ambil vaksin, 44 guru nekad saman JAIS

Zafrul mahu jadikan Kuala Selangor daerah angkat MOF

Tidak adil salahkan kerajaan negeri jika berlaku kes jenayah

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir […]

  • […] Perjanjian dalam PH : Husam Musa kantoikan Dr Mahathir […]