Pesanan padu Ustaz Kazim selepas lakaran penyihir tersebar

Pesanan padu Ustaz Kazim selepas lakaran penyihir tesebar

Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.

Ustaz Kazim menerusi hantaran terbarunya di Facebook sebentar tadi memaklumkan beliau telah menerima banyak kiriman mesej daripada pengguna TikTok yang berkongsi lakaran lukisan seseorang yang dikatakan adalah milik individu yang melakukan sihir.

“Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.

“Saya berlepas diri daripada perkara-perkara sebegini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

“Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali,” jelasnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim mengakui dirinya kini sedang dalam proses mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini.

 

BACA JUGA :

Ustaz Kazim dakwa ada Datuk Seri tawar bon RM4.7 juta

Ustaz Kazim kongsi cerita penyihir datang minta maaf kepadanya

Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Pesanan padu Ustaz Kazim selepas lakaran penyihir tersebar […]

  • […] Pesanan padu Ustaz Kazim selepas lakaran penyihir tersebar […]