Polis buru Norjuma Habib, ini rupanya yang berlaku

Polis buru Norjuma Habib, ini rupanya yang berlaku norjuma habib mohamed norjuma habib bercerai norjuma habib kahwin sultan brunei datin norjuma habib norjuma habib cerai norjuma habib dan nazim bercerai norjuma habib instagram norjuma habib mohamed bercerai norjuma habib sultan brunei

Polis buru Norjuma Habib, ini rupanya yang berlaku.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama sejak permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Bagaimanapun peguam mewakili Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan memaklumkan, pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak berada di kediamannya hari ini.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Hassanuddin berkata, pihaknya akan memohon tarikh baru bagi permohonan waran tangkap terhadap Norjuma.

Terdahulu, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap selebriti itu sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah terhadap syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

BACA:

Kecoh data pengguna Mysejahtera dijual, ini respon KJ

Hina isteri, Will Smith tampar Chris Rock di Oscar Award atas pentas

Shuk Sahar jadi tetamu jemputan TV dedah kisah rumah tangga, sekali ini yang jadi..

COMMENTS

Wordpress (0)