Polis Kelantan perketat sekatan jalan jalan raya, elak perantau pulang sambut puasa

Polis Kelantan perketat sekatan jalan jalan raya, elak perantau pulang sambut puasa

Polis Kelantan memperketat sekatan jalan raya terutama sepanjang Ramadan kerana dikhuatiri terdapat cubaan memasuki negeri ini untuk berbuka puasa dengan keluarga.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada masa sama pihaknya turut memantau laluan tikus yang digunakan pengguna jalan raya bagi mengelak daripada melalui sekatan polis.

“Setakat ini kita kekal kepada empat sekatan jalan raya iaitu dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli serta Pasir Puteh.

“Namun kita akan perketat sekatan jalan raya termasuk di laluan tikus kerana kita khuatir akan ada yang mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafien turut menasihatkan orang ramai supaya tidak cuba merentas negeri tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Kita harap mereka yang pulang atau keluar dari Kelantan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan mengambil surat kebenaran di balai polis masing-masing.

“Sekiranya kita mendapati mereka tidak mempunyai surat kebenaran, pihak polis akan mengarahkan mereka supaya berpatah pulang,” katanya.

Semalam, Kelantan merekodkan 31 kes positif dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 6,456 kes.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/691914/polis-kelantan-perketat-sekatan-jalan-raya

COMMENTS