Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN Johor

Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN dari Johor.Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Menurut laporan Astro Awani .Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.
Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Polis siasat laporan gangguan seksual ADUN dari Johor

ADUN berkenaan yang dihubungi mengakui beliau mengenali wanita itu hanya sebagai seorang Ahli Jawatankuasa di daerah itu sejak setahun lalu dan tidak lebih daripada itu.

“Saya maklum perkara itu bagi saya ruang berbincang dengan peguam saya kemudian saya akan beritahu bagaimana. Saya memang kenal dia baru setahun, dia dalam Ahli Jawatankuasa. Saya minta maaf bagi saya bercakap dengan peguam saya dahulu,”katanya

Baca :Bertuah !!! Isteri pertama diam – diam hadiahkan tiga isteri baru buat suami
Juruterbang Arab Saudi dedahkan punca kenapa pesawat dilarang melintas di atas masjidil haram dan masjid nabawi

COMMENTS

Wordpress (0)