Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) dakwa “ditahan” (SPRM)

Presiden Parti mendakwa “ditahan” (SPRM) .Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan mendakwa “ditahan” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam dua video yang dimuat naik ke Facebooknya.

Dalam video itu, Voon mendakwa diberhentikan pegawai penguat kuasa ketika memandu, dengan kunci keretanya diambil dan sekurang-kurangnya empat pegawai mengelilingi keretanya.

“Saya rasa saya dalam bahaya. Nyawa saya terancam. Saya tidak tahu sama ada mereka ialah perompak atau apa. Mereka tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri. Saya terkejut, saya tak rasa selamat sekarang.

“Mereka sepatutnya hubungi saya, bukannya memberhentikan kereta saya seperti ini. Ia tidak wajar,” katanya dalam video pertama yang dimuat naik kira-kira 8 pagi tadi.

Dalam video kedua, seorang daripada pegawai itu didengar memaklumkan Voon yang mereka hanya menjalankan tugas untuk menyerahkan notis kepadanya bagi pemeriksaan SPRM.

“Jadi, kami menyerahkan notis ini kepada anda, anda perlu datang dengan kami ke pejabat SPRM,” kata pegawai itu yang meminta Voon memberikan kerjasama.

Voon berkata, beliau akan bekerjasama dengan SPRM, jika mereka menghubunginya untuk pergi ke sana berbanding memberhentikannya di tengah jalan.

Dalam sidang media di luar pejabat SPRM, calon PBK untuk kerusi Batu Kawah, Chai Kueh Khun mendakwa Voon tiba-tiba disoal siasat adalah tindakan intimidasi untuk menghalang parti kontroversi itu.

Beliau berkata, Voon diminta memberi keterangan berhubung satu kes, tetapi SPRM tidak memberikan butiran lanjut.

“Hari ini anda lihat bagaimana mereka layan PBK. Ia bertujuan menakutkan kami. Kami tidak lakukan sebarang kesalahan, semua yang kami buat berlandaskan undang-undang dan demi rakyat Sarawak.”

BACA: Gara – gara aksi seorang lelaki Tasik Cermin Ipoh di tutup

COMMENTS

Wordpress (0)