Rupanya anda boleh dikenakan tindakan ini jika halang ambulans

Rupanya anda boleh dikenakan tindakan ini jika halang ambulans. Hukuman denda, gantung lesen dan penjara bagi pemandu yang tidak memberi laluan kepada ambulans di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1978 sudah memadai.

Setiausaha, Kluster Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, bagaimanapun, hukuman tersebut perlu diuar-uarkan dengan lebih meluas kerana kebanyakan mereka alpa tentang undang-undang tersebut.

Tambahnya, akta terhadap pesalah atau pemandu yang tidak bertanggungjawab itu sudah berat, namun ia perlu dijelaskan kepada mereka dengan tegas.

“Semua hukuman dan peruntukan untuk jenayah itu sudah ada dan mempunyai kepelbagaian, cuma mungkin tidak di uar-uarkan dengan lebih meluas.

“Kita memerlukan kempen yang lebih strategiknya menunjukkan ini sebagai satu kesalahan seperti kempen anti dadah dan anti rokok.

Rupanya anda boleh dikenakan tindakan ini jika halang ambulans

“Sudah sampai masanya kempen untuk mencelikkan mata pemandu jalan raya ini, yang menghalang laluan ambulans merupakan satu kesalahan yang besar boleh dihukum, digantung lesen dan boleh dipenjara sekiranya melibatkan nyawa orang lain,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, kempen tersebut perlu untuk mengubah sikap sesetengah pemandu yang tidak bertanggungjawab itu lebih peka dan prihatin terhadap kesalahan tersebut.

“Kita telah mengandaikan mereka ini (pemandu), mengetahui dan memahami undang-undang itu.

“Ini kerana setiap ujian memandu ada peperiksaan mengenai undang-undang jalan raya ada menyebut kena menjaga tata susila, etika di jalan raya antaranya memberi laluan kepada ambulan dan kenderaan awam yang lain yang memerlukannya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang lulus dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya tahu dan sedar tentang peruntukan dan kesalahan tersebut.

“Bagaimanapun dalam amalan nampaknya ada segelintir pemandu yang mengabaikan peruntukan tersebut dan antaranya bukan sahaja dia menghalang, dia pula sama-sama mengikut kenderaan tersebut.

“Itu lagi menimbulkan kecelaruan jalan raya dan kadangkala mengakibatkan kemalangan.

“Menghalang laluan ambulan ini satu kesalahan yang amat besar boleh menyebabkan mereka yang memerlukan rawatan segera di hospital tidak dapat diselamatkan,” jelasnya.

Tular sebuah video di laman Facebook dirakamkan berlaku di Kilometer 292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Gopeng pada Sabtu memaparkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dipandu di lorong kanan tidak memberikan laluan kepada ambulans yang datang dari arah belakang.

Video berdurasi 38 saat itu memaparkan ambulans telah membunyikan siren, namun kenderaan berkenaan tetap kekal di lorong kanan.

Pemandu dan pemilik SUV itu bagaimanapun telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar pada Ahad untuk siasatan lanjut setelah kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

BACA:

Pemandu bunyikan hon di kawasan ini bakal didenda RM100,000

Design Geely baru ini buat ramai terpesona, harga pula berpatutan

Bermula dengan modal RM2,000, inilah perjalanan bisnes Ramly Burger