Saifuddin sahkan lawan Rafizi, rebut jawatan Timb. Presiden PKR

Saifuddin sahkan lawan Rafizi, rebut jawatan Timb. Presiden PKR. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini sahkan akan bertanding lawan Rafizi Ramli dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saifuddin membuat pengumuman itu dalam perutusan khas selepas mesyuarat agung cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan di Mulong, Kota Bharu.

“Saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden yang kini disandang Anwar Ibrahim, seperti mana sebelumnya membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihan raya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruhnya,” katanya.

Saifuddin dan Rafizi sebelum ini pernah bertanding jawatan itu, masing-masing pada 2014 dan 2018. Kedua-duanya tewas kepada Azmin Ali.

Saifuddin sahkan lawan Rafizi, rebut jawatan Timb. Presiden PKR

Ditanya tentang soal Rafizi, ini jawapan Saifuddin, “Sejujurnya Rafizi merupakan aset parti, seorang yang kreatif, intektual, tinggi daya juang dan dihormati rakan dan lawan.

“Justeru persaingan ini adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan di dalam perlembagaan parti,” katanya yang juga Setiausaha Agong PKR.

TONTON :
.

BACA:

Kerajaan umum permohonan laptop dan tablet percuma dibuka, ini cara mohon

Isteri Fizo Omar kini berhijab, sekali lain pula yang netizen perasan

Kelibat nenek tua dilihat baling ‘sihir’ hadapan rumah orang tengah malam

COMMENTS

Wordpress (0)